Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Isu jerebu rentas sempadan antara perkara yang akan dibincangkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka.

Perbincangan dijadual berlangsung dalam lawatan kerja Ahmad Zahid di Jakarta selama empat hari bermula Khamis.

Bagi mendapatkan butirannya, kita bersama wartawan Astro AWANI, Khalis Khadir yang kini berada di Jakarta.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Isu jerebu rentas sempadan ini antara perkara yang akan dibincangkan sebenarnya oleh timbalan Perdana Menteri Dato' Suri Ahmad Zahid Hamidi
00:07bersama dengan Nek Presiden Indonesia Gibran Raka Bumum Raka dan perbincangan di jadual berlangsung dalam lawatan kerja Dato' Suri Ahmad
00:15Zahid di Jakarta selama 4 hari bermula Khamis.
00:18Dan bagi mendapatkan butiran kita nak bersama dengan wartawan S.O. Awani Kalish Khadir yang kini berada di Jakarta. Kalish
00:25bagaimana situasi dan juga keadaan dan mungkin perbincangan lanjut antara Malaysia dan juga Indonesia pada waktu ini.
00:36Terima kasih Saudara Hassan di Bukit Jalil. Kalau kita bercakap mengenai dengan lawatan kali ini satu perkara yang cukup menarik
00:42apabila kita berbicara tentang Indonesia, kualiti udaranya.
00:46Ketika kami sampai di lapangan terbang-terbang S.O. Nah Hatta, keadaan ataupun jarak perlihatannya itu masih boleh dikatakan lebih
00:54baik berbanding tapiran di Malaysia, di Putrajaya yang mencatatkan IPU sekitar 170.
00:59Sepanjang hari ini boleh dikatakan itu adalah julat IPU-nya berbanding di Indonesia ini, di Jakarta spesifiknya sekitar 130, kini
01:07sudah menurun kepada 120.
01:09Dan yang penting apabila kita berbicara tentang IPU ini, ini adalah isu jerebu yang tetap mempunyai kaitan rapat dengan pertemuan
01:17Datuk Seri Ahmad Zahid Nabi Niti Balan Perdana Menteri yang akan bertemu dengan Naib President Indonesia Gibran Raka Buming Raka
01:24pada esok.
01:25Dan perkara ini sebenarnya menjadi antara dimensi yang penting dalam hubungan Malaysia dan Indonesia kerana kedua-dua negara sedang berusaha
01:34untuk memantapkan lagi ataupun memperbaharui memorandum persefahaman kerjasama dan bantuan bencana yang telahpun terjalin sejak 1977.
01:43Jadi esok antara agenda terawal Datuk Seri Zahid bersama dengan Gibran adalah mengenai isu jerebu.
01:50Ini juga boleh saya katakan sebagai diplomasi Malaysia yang cukup bijak dan cakna apabila memainkan peranan dalam isu-isu sensitif
01:59seperti ini tetapi dalam bentuk yang positif.
02:02Sebenarnya kehadiran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada esok adalah untuk berbicara dalam sidang kemuncak halal H20 yang ke-5
02:13di mana Datuk Seri Zahid Hamidi akan menjadi ahli panelis untuk berbicara dalam platform sidang kemuncak itu untuk memertabatkan industri
02:24halal di Asia Tenggara ini.
02:26kerana di sidang kemuncak itu akan ada penumpuhan ASEAN Halal Council yang sudah pun dibicarakan di Filipina, di Malaysia sebelum
02:34ini.
02:35Itu adalah hantar gegasan yang akan dibawa.
02:37Dua motif utama ini selain daripada pemerkasaan TVET, pendidikan, ekonomi desa sebagai kapasiti Menteri Kemajuan Desa dan wilayah dan pelbagai
02:46lagi akan dibawakan dari masa ke masa.
02:49Itu untuk tumpuan pada malam ini lebih banyak perinciannya kami akan bawakan di Beliti Nawal ini pada jam 12 malam
02:55ini.
02:56Setakat itu dahulu, ASEAN Yaya.
02:57Terima kasih Khalil atas perkembangan itu dan ini yang kita harapkan agar kerjasama dan juga apa sahaja berkaitan dengan lawatan
03:07Timbalan Perdana Menteri ke Indonesia akan mengeratkan lagi hubungan dan akhirnya dapat menyelesaikan isu-isu semasa untuk waktu ini.
Comments

Recommended