Skip to playerSkip to main content
  • 11 minutes ago
Malaysia komited memperkukuh hubungan dengan Iran, manakala diaspora di negara itu diseru menjadi jambatan persahabatan kedua-dua negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:01Malaysia Komited memperkukuh hubungan dua hala dengan Iran termasuk meneroka peluang baharu dalam bidang perdagangan, kebudayaan dan pendidikan.
00:10Pada masa sama, diaspora Malaysia di Iran diseru terus bersatu dan menjadi jambatan persahabatan antara kedua-dua negara.
00:19Duta Besar Malaysia ke Iran, Datuk Wan Aznai Nizam Yusri berkata, kedutaan besar Malaysia di Teheran akan terus memperluas kerjasama
00:26yang memberikan manfaat bersama.
00:28Ketika berucap pada sambutan Hari Kebangsaan ke-69 dan Hari Malaysia 2026 bersama diaspora Malaysia di Iran pada Rabu,
00:37Wan Aznai Nizam memberi jaminan kedutaan akan terus menyediakan perkhidmatan konsuler terbaik kepada rakyat Malaysia di seluruh Iran.
00:45Beliau menyifatkan komuniti Malaysia di Iran sebagai duta kecil yang membawa imej, maruah dan nilai negara ke persahabatan antarabangsa.
00:54Justru mereka diseru terus bersatu, saling menjaga kebajikan dan mempertahankan identiti nasional sekaligus menjadi jambatan persahabatan antara Malaysia dengan Iran.
Comments

Recommended