Skip to playerSkip to main content
  • 26 minutes ago
Armizan Mohd Ali menegaskan MA63 tidak ternoktah selepas Perlembagaan Persekutuan digubal dan kekal relevan serta mengikat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 tidak ternoktah sebaik perlembagaan Persekutuan di Gubal.
00:08Sebaliknya, terus hidup dengan komitmen dan tanggungjawabnya kekal relevan serta mengikat.
00:15Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kosar Hidup, Datuk Armizan Muhammad Ali berkata,
00:19perkara itu ditegaskan melalui Artikel 8 MA63 yang menggariskan komitmen semua pihak dalam pembentukan Persekutuan Malaysia.
00:30Sempena Hari Malaysia, beliau menyeru semua pihak memahami sejarah perbentukan negara dengan menerima sepenuhnya MA63 sebagai sijil lahir Persekutuan Malaysia.
00:40Menurutnya, pemahaman sejarah negara tidak hanya melibatkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Kontrak Sosial dan Keperdekaan Tanah Melayu pada 1957.
00:50Sebaliknya, ia turut menuntut penerimaan sepenuhnya terhadap peranan MA63 dalam perbentukan Malaysia pada 1963.
00:57Armizan berkata, Malaysia yang dibentuk pada 1963 kini mencapai usia 63 tahun, manakala 16 September hanya mula disambut sebagai Hari
01:06Malaysia pada 2010.
01:08Beliau turut menegaskan Malaysia tidak memerlukan Perjanjian Baru atau New Deal,
01:12seperti disarankan setengah pihak kerana terma MA63 kekal mengikat dulu, kini dan selamanya.
01:18Armizan berharap Malaysia terus menjadi negara yang lebih utuh, maju, makmur dan selamat untuk seluruh rakyat.
Comments

Recommended