- 6 minutes ago
AWANI Borneo Rabu 16 September 2026 bersama Farhan Hakimi.
- ATM sedia gerak aset udara bantu KKM di Sarawak
- Pelabuhan Bintulu rasmi di bawah Kerajaan Sarawak mulai 1 September 2026
- MA63 tidak pernah ternoktah, kekal relevan serta mengikat - Armizan
- ATM sedia gerak aset udara bantu KKM di Sarawak
- Pelabuhan Bintulu rasmi di bawah Kerajaan Sarawak mulai 1 September 2026
- MA63 tidak pernah ternoktah, kekal relevan serta mengikat - Armizan
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera Wani Borneo Jamin ini bersama saya Farhan Hakimi.
00:05Kita terus saja ke tajuk utama.
00:11ATM sedia gerak aset udara bantu KKM di Sarawak.
00:19Pelabuhan Mintulu rasmi di bawah kerajaan Sarawak mulai 1 September.
00:26MA 63 tidak pernah ternoktah.
00:30Kekal relevan serta mengikat, kata Arnizal.
00:36Angkatan Tentera Malaysia ATM bersedia mempertimbangkan atur gerak aset udara Tentera Udara Deraja Malaysia TUDM
00:43bagi membantu Kementerian Kesihatan Susulan Penggantungan Sementara Perkhidmatan Doktor Udara di Sarawak.
00:49Panglima Angkatan Tentera Gen. Tan Sri Malik Razak Sulaiman berkata,
00:54bantuan itu akan dilaksanakan sebagai sokongan sementara bagi mengisi jurang keupayaan kritikal.
01:03Ia khususnya melibatkan pemindahan udara bagi kes kecemasan yang memerlukan rawatan segera dari kawasan pedalaman dan sukar diakses.
01:10Bagaimanapun, sokongan itu bukan bertujuan mengambil alih keseluruhan fungsi perkhidmatan doktor udara,
01:16sebaliknya memastikan akses kesihatan terus tersedia sepanjang perkhidmatan berkenaan belum beroperasi sepenuhnya.
01:22Sebarang permohonan akan disalurkan melalui saluran rasmi antara KKM dan ATM sebelum dinilai berdasarkan tahap kecemasan,
01:29keperluan semasa, ketersediaan aset, keadaan cuaca serta keselamatan penerbangan.
01:35Atur gerak aset turut tertakluk kepada keutamaan tugas operasi dan tahap kesiagaan semasa ATM.
01:41Malik Razak menegaskan ATM mempunyai keupayaan dan pengalaman melaksanakan pemindahan udara
01:45bagi membantu orang awam yang memerlukan rawatan kecemasan dari kawasan yang sukar diakses.
01:58Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 tidak ternoktah sebaik Perlembagaan Persekutuan di Gubal.
02:06Sebaliknya, terus hidup dengan komitmen dan tanggungjawabnya, kekal relevan serta mengikat.
02:12Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kosar Hidup, Datuk Armizan Muhammad Ali berkata,
02:17perkara itu ditegaskan melalui Artikel 8 MA63 yang menggariskan komitmen semua pihak dalam pembentukan Persekutuan Malaysia.
02:28Sempena Hari Malaysia, beliau menyeru semua pihak memahami sejarah perbentukan negara
02:33dengan menerima sepenuhnya MA63 sebagai sijil lahir Persekutuan Malaysia.
02:38Menurutnya, pemahaman sejarah negara tidak hanya melibatkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948,
02:45kontrak sosial dan keperdekaan Tanah Melayu pada 1957.
02:48Sebaliknya, ia turut menuntut penerimaan sepenuhnya terhadap peranan MA63 dalam pembentukan Malaysia pada 1963.
02:56Armizan berkata, Malaysia yang dibentuk pada 1963 kini mencapai usia 63 tahun,
03:01manakala 16 September hanya mula disambut sebagai Hari Malaysia pada 2010.
03:06Beliau turut menegaskan Malaysia tidak memerlukan Perjanjian Baru atau New Deal
03:10seperti disarankan setengah pihak kerana terma MA63 kekal mengikat dulu, kini dan selamanya.
03:17Armizan berharap Malaysia terus menjadi negara yang lebih utuh, maju, makmur dan selamat untuk seluruh rakyat.
03:25Seperti konsep mangkuk salad, setiap bahan berbeza tetapi apabila digabungkan membentuk satu hidangan.
03:33Itu perumpamaan Menteri Perpaduan Negara Dato' R. Nagodagang untuk menggambarkan wajah Malaysia.
03:39Jelasnya, kepelbagaian itu bukan pemisah.
03:41Sebaliknya, kekuatan untuk membina identiti bersama.
04:03Berbeza dengan pendekatan asimilasi, beliau menegaskan identiti setiap kelompok tidak perlu diseragamkan untuk membentuk satu masyarakat.
04:12Sebaliknya, perbezaan perlu difahami, dihormati dan diterima sebelum akhirnya diraihkan bersama.
04:18Bagaimanapun, Aaron berkata, cabaran perpaduan bukan sekadar memahami perbezaan
04:23tetapi memastikan rakyat lebih banyak berinteraksi dengan masyarakat daripada pelbagai latar belakang
04:28kerana ia kunci meningkatkan kefahaman antara satu sama lain.
04:32Bahasa dan dialek turut menjadi sebahagian daripada warisan masyarakat yang perlu dipelihara.
04:37Namun, jelas Aaron, penggunaannya kini dilihat semakin terbatas.
04:42So, on our part, we have been doing, we completed our colloquial study
04:47for all languages, I think for all, from Sabah, write down all, except the documentation now,
04:53we are doing the documentation, it's a very big, writing as well as verbally, speaking,
04:59how we pronounce it, how we speak among us that, which is...
05:03This is ongoing right now?
05:05We have completed, completed, right?
05:08Documentation now.
05:08Documentation now.
05:10All the languages need to be in Malaysia.
05:14All state.
05:15Malah usaha itu disifatkan beliau sebagai yang pertama dilaksanakan pada skala sedemikian.
05:20Apa yang penting menurut Aaron, keperbagaian dimiliki Malaysia hari ini
05:24perlu terus dipertahankan supaya keunikan setiap komuniti,
05:28bukan sekadar dikenali, tetapi kekal hidup dan diwarisi generasi seterusnya.
05:35Siring dalam logat tempatan Sabah membawa maksud tepi atau pinggir.
05:41Nama itu dipilih untuk mencerminkan kedudukan sandakan di pesisir pantai timur Sabah.
05:46Sempena hari Malaysia, komuniti penggiat seni dan budaya sandakan yang dinamakan Siring-Siring
05:52membawa seni, budaya dan identiti pesisir pantai timur Sabah ke tengah bandar
05:58menerusi program Lorong Merdeka.
06:01Sekitar 100 peserta berbusana tradisional berjalan dari Wisma Sandakan ke Laluan Kreatif
06:08sambil mengibarkan Jalur Gemilang.
06:10Program yang julung kali diadakan itu turut diisi dengan deklamasi sajak
06:14dan sesi tarian tradisional beramai-ramai.
06:18Bagi Siring-Siring, Lorong Merdeka diharap menjadi titik permulaan untuk masyarakat tempatan
06:23kembali menggunakan Laluan Kreatif sebagai ruang seni dan budaya.
06:28Kami fikir Laluan Kreatif Sandakan dan Pusat Bandar Sandakan secara umumnya
06:32berpotensi untuk dikembangkan aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan
06:36terutamanya untuk mempromosikan imej sandakan kepada pelancong,
06:40kepada budaya-budaya luar.
06:42Sebab sekarang kita nampak industri pelancong kan semakin rancak.
06:47Jadi kita perlu memaparkan satu imej sandakan yang mempunyai identiti dan karakter yang tersendirilah.
06:53dan termuat seni budaya orang-orang pesisir yang ada di sandakan ini.
06:59Jadi kami fikir program-program begini ke depan ada potensi yang besar
07:03untuk tujuan membangunkan lagi kesenian dan kebudayaan yang ada di sandakan
07:07terutamanya mengelibatkan partisipasi golongan muda.
07:11Bagi para peserta pula, Lorong Merdeka menjadi ruang untuk meraihkan Hari Malaysia
07:16secara lebih dekat dengan komuniti, berkumpul, berinteraksi dan berkongsi
07:21semangat kebersamaan di bandar sendiri.
07:24Pada masa sama, sambutan itu memberi peluang kepada mereka
07:27untuk bersama-sama memberiahkan pusat bandar sandakan
07:30dan menghidupkan kembali ruang yang semakin sepi.
07:34Kalau dari segi pembangunan, sebenarnya banyaklah pembaruan
07:37tapi bagaimana untuk kita tarikkan orang untuk datang di bandar sandakan ini kan
07:42sebab kita dapat tahu bandar sandakan ini sebenarnya di sini
07:44tapi di pelbagai bandar lagi.
07:47Macam ada IJM, kita ada Batu 7, sesuatu yang lain.
07:51Tapi bagaimana kita ingin tarik orang untuk peluang datang balik ke bandar sandakan ini.
07:56Jadi ini adalah untuk pelbagai aktiviti terutamanya di area bandar sandakan.
08:02Tujuannya macam itulah, kita cuba support.
08:05Support kita punya Hari Malaysia, merayakan dan memeriahkan Hari Malaysia.
08:09sebab kalau kita nak rayakan, siapa lagi nak rayakan.
08:13Betul-betul, ini macam kalau saya lama di sandakan, ini kira macam first time.
08:17So next time, mungkin boleh buat lagi ada pelbagai acara aktiviti
08:20sebab yang macam ini pun kira fun sudah.
08:23Daripada busana tradisional dan sajak hingga tarian beramai-ramai,
08:27Lorong Merdeka menjadi ruang untuk warga sandakan
08:31meraihkan Hari Malaysia dengan cara mereka sendiri.
08:35Dan bagi komuniti yang memilih nama siring-siring,
08:38berada di pinggir tidak bermakna seni, budaya dan identiti mereka harus kekal di pinggir.
08:49Perdana Menteri pada Rabu menyaksikan penyerahan rasmi pelabuhan bin Tulu
08:53daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sarawak pada Rabu.
08:56Dalam majlis ringkas di lapangan terbang-antarabangsa Kucheng, KIA,
09:01Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan simbolik penyerahan dokumen
09:05daripada Menteri Pengangkutan Anthony Luke kepada Timbalan Premier Sarawak,
09:09Datuk Amar Douglas Ugah Ambas.
09:11Turut hadir Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tunopeng.
09:17Antara dokumen terbabit termasuklah Perintah Pelabuhan-Pelabuhan,
09:21Kurungan Pensuastaan, Kurungan Pindaan Jadual 2026,
09:25Perintah Lembaga Pelabuhan bin Tulu, Kurungan Pembubaran,
09:28Kurungan Tarikh Peletak Hakkan 2026,
09:30dan Intipati Perintah Lembaga Pelabuhan bin Tulu,
09:33Kurungan Pembubaran, Kurungan Tarikh Peletak Hakkan 2026.
09:37Bermula 1 September 2026, semua harta, hak, kepentingan dan obligasi
09:43Lembaga Pelabuhan bin Tulu telah dipindahkan kepada Kerajaan Sarawak.
09:47Melalui Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 28 Ogos 2026 pula,
09:53Menteri Pengangkutan Malaysia menetapkan bermula 1 September 2026,
09:57Pelabuhan bin Tulu secara rasminya bertukar status
09:59daripada Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Negeri.
10:03Lembaga Pelabuhan bin Tulu pula dibubarkan
10:05dan peranan sebagai pihak berkuasa kepada Pelabuhan bin Tulu
10:08telah diambil alih oleh Bintulu Port Authority, Sarawak
10:12yang merupakan badan berkandun negeri yang ditubuhkan
10:14pada 1 September 2024 di bawah The Port Authority's Ordinance 1961.
10:21Pelabuhan ini memulakan operasinya pada 1983
10:24dan dibina sebagai sebuah pelabuhan air dalam
10:27selaras dengan dasar kerajaan untuk menjadikan pelabuhan
10:30sebagai satu daya penggerak bagi semua kegiatan perindustrian di Bintulu,
10:34terutama sekali bagi industri gas asli cecai.
10:38Kedudukan laluan yang strategik di antara negara timur dengan Eropah
10:41merupakan kelebihan kepada pelabuhan ini sebagai pelabuhan antarabangsa
10:46selain menjadi laluan utama eksport gas asli cecai LNG dari Malaysia.
10:56Malaysia menekankan kepentingan langkah pencegahan awal
11:00dan pendekatan diplomatik dalam menangani bencana rentas sempadan
11:04khususnya membabitkan jerebu, kebakaran dan banjir di rantau ASEAN.
11:09Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
11:12sehubungan dengan itu berkata,
11:14usaha diplomatik perlu berjalan seiring dengan langkah teknikal
11:18antara agensi di negara terlibat bagi mengelakkan
11:22isu bencana rentas sempadan berkembang
11:25menjadi perkara sensitif antara negara jiran.
11:28Kami yakin bahawa penyelenggaraan lebih baik daripada penyelenggaraan.
11:32Artinya kita mengambil langkah-langkah awal untuk pencegahan
11:37dan ini berpulang satu langkah jangka panjang.
11:40sebagai negara anggota negara ASEAN
11:44langkah-langkah yang saya sebutkan itu penting untuk kita lakukan
11:50dan memang kalau kita meminta pampasan
11:55ianya bukan satu pertanggungjawaban muktamad
12:02yang harus ditanggung oleh mana-mana negara
12:05tetapi apabila pencegahan dilakukan lebih awal
12:08tidak perlu perkara yang menyentuh mengenai
12:15soal-soal yang sensitif antara negara ini akan berlaku
12:21dan pada hemat saya
12:23langkah-langkah proaktif wajib dilakukan
12:27oleh antara negara-negara anggota ASEAN
12:31terutamanya apabila ianya melibatkan
12:34soal banjir, soal kebakaran, soal jerebu
12:38dengan sebuah negara jiran.
12:41Beliau berkata demikian dalam sidang media
12:43selepas masyarakat jawatan kuasa tertinggi
12:45pengurusan bencana negara di Wisma Bapa Malaysia Kuching pada Rabu.
12:50Ahmad Zahid dijangka membawa isu jerebu rentas sempadan
12:53dalam pertemuan dengan Wakil Presiden Indonesia
12:55Gibran Raka Buming Raka ketika lawatan kerja dua hari beliau
12:59ke Jakarta bermula Khamis.
13:03Ribuan pengguna jalan raya Lahat Datu Tawau
13:06terkandas apabila laluan di jalan silam
13:09terputus hampir dua jam
13:10selepas air sungai melimpah, susulan hujan lebat.
13:14Keadaan menyebabkan kenderaan dari kedua-dua arah
13:17tidak dapat melalui laluan berkenaan
13:20dengan sebahagian pengguna dilaporkan terkandas
13:23sehingga hampir jam enam petang.
13:26Tinjauan di lokasi mendapati air mula surut dan kenderaan
13:29dibenarkan melalui laluan berkenaan secara perlahan.
13:32Air sungai dipercayai melimpah ke atas jalan
13:35berikutan saluran aliran air yang kecil
13:38sebelum kontraktor projek lebuh raya Pan Borneo
13:41mengambil tindakan, menggali serta meluaskan
13:44saluran berkenaan bagi melancarkan aliran air.
13:47Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Zul Bahrin Ismail
13:51ketika dihubungi berkata
13:53anggota polis telah diarahkan ke lokasi
13:55bagi mengawal lalu lintas
13:58serta memantau keadaan di kawasan terbabit.
14:01Menurutnya, setakat jam enam setengah petang
14:03kenderaan sudah mula boleh melalui laluan berkenaan
14:06selepas paras air sungai kembali surut.
14:18Sekian Awani Borneo Jamini
14:20Saya Farhan Hakimi, salam hormat.
Comments