Skip to playerSkip to main content
  • 16 minutes ago
Perkongsian bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) susulan situasi jerebu yang melanda negara menerusi Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) oleh Essan Yahya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, untuk kita melihat kepada situasi dan juga keadaan semasa, terutama berkaitan dengan keadaan jerebu pada hari ini, ini adalah
00:08antaranya yang dikemaskini.
00:10Sebenarnya, kalau setiap waktu puncak, laman web ini akan kemaskini keadaan dan juga situasi terkini jerebu di seluruh negara.
00:19Bagaimanapun, ini adalah bacaan setakat pukul 8 malam di beberapa negeri dan juga Alhamdulillah, kita hari ini mencatatkan bacaan yang
00:28agak baik di beberapa kawasan
00:29bagaimanapun ada kawasan-kawasan yang mencatatkan lebih daripada 150 bacaan IPU pada ketika ini, tapi tak ada kawasan yang dikategorikan
00:39sebagai sangat berbahaya.
00:40Dan kalau melihat kepada kombinasi warna antara hijau dan juga kuning ini, ini adalah kawasan dengan taburan warna di kawasan
00:49yang terjejas akibat jerebu.
00:51Jadi, kita lihat secara detailnya berkaitan dengan 30 kawasan ataupun 34 stesen yang dikategorikan sebagai tidak sihat.
01:03Kalau dilihat di sini, ini adalah kawasan-kawasannya di Selangor iaitu di Johan Setia, wilayah Persekutuan melibatkan Ceras.
01:10Perak juga ada di Seri Manjung, wilayah Persekutuan di Batu Muda dan juga di wilayah Persekutuan.
01:17Ini antara kawasan-kawasan yang mencatatkan bacaan tinggi melebihi 150 iaitu di Seberang Jaya, Kuala Tengganu, Petaling Jaya, Seremban, Minden,
01:27Balik Pulau, Sya'alam, Tasik, Ipoh dan di Nilai Negeri Sembilan.
01:31Dan selain daripada itu, antara kawasan-kawasan lain yang mencatat bacaan 150 ke bawah adalah di beberapa negeri.
01:40Dan kebiasaannya ataupun secara totalnya kita lihat bahawa semenanjung Malaysia agak terjejas juga dengan bacaan IPU yang tidak sihat di
01:52Pahang, Terengganu, Johor, Melaka dan juga negeri-negeri lain.
01:57Apapun dalam masa yang sama, sekiranya kita berdepan dengan situasi dan juga keadaan ini, pastinya kita bawa pelitup muka, kurangkan
02:04aktiviti luar rumah dan juga mengawasi kesihatan anak dan juga keluarga.
02:11Jika ada simptom-simptom yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan keluarga, kita segera bawa ke klinik.
02:18Baik, itu antara bacaan dan juga laporan terkini berkaitan dengan IPU ketika ini.
Comments

Recommended