00:00Kerajaan akan mengundang Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing, melawat Malaysia secara rasmi bagi mempercepatkan proses penghantaran pulang kira-kira 200
00:09,000 pelarian Rohingya di negara ini.
00:12Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim berkata langkah diplomatik itu dilakukan bagi mencari penyelesaian jangka panjang berhubung isu pelarian Rohingya
00:20yang menimbulkan keresahan dan kemarahan masyarakat tempatan.
00:26Kerajaan Myanmar dalam rundingan awal sebelum ini bersetuju menerima semula 5,000 pelarian Rohingya secara berperingkat dengan kumpulan pertama seramai
00:351,500 orang akan dihantar pulang dalam tempoh satu atau dua minggu ini.
00:41Dua minggu lalu, saya beritahu kepada Kementerian Dalam Negeri dan Jemaah Menteri, saya akan undang Presiden Myanmar melawat Malaysia secara
00:50rasmi.
00:53Ini sebab apa saya undang? Saya undang dan saya nak beritahu kita boleh bersahabat, kita boleh berdagang, kita boleh terima
01:03Myanmar tapi Myanmar mesti terima.
01:06Kalau tak boleh 200,000 sekaligus, ambil berperingkat dan kita akan bantu penyelesaian. Ini cara saya penyelesaiannya.
01:15Perdana Menteri berkata demikian dalam program audio siar sembang Oh Yeh pada Rabu.
01:21Jelas beliau lagi, Malaysia bersedia menanggung kos logistik seperti pakaian, makanan dan tambang kapal bagi proses penghantaran pulang tersebut.
01:30Menurutnya ia lebih menjimatkan berbanding menanggung kos pengurusan pelarian di depo tahanan yang mencecah RM50 hingga RM200 sehari bagi setiap
01:40orang.
01:41Terima kasih.
01:42Terima kasih.
01:42Terima kasih.
01:43Terima kasih.
01:43Terima kasih.
Comments