Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Bermula 1 September 2026, semua harta, hak, kepentingan dan obligasi Lembaga Pelabuhan Bintulu telah dipindahkan kepada kerajaan Sarawak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Pada Rabu menyaksikan penyerahan rasmi Pelabuhan Bintulu daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sarawak Pada Rabu.
00:07Dalam majlis ringkas di lapangan terbang-antarabangsa Kucheng, KIA,
00:12Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan simbolik penyerahan dokumen daripada Menteri Pengangkutan Anthony Lok kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas
00:21Ugah Ambas.
00:22Turut hadir, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tunopeng.
00:28Antara dokumen terbabit termasuklah Perintah Pelabuhan-Pelabuhan, Kurungan Pensuastaan, Kurungan Pindaan Jadual 2026,
00:35Perintah Lembaga Pelabuhan Bintulu, Kurungan Pembubaran, Kurungan Tarikh Peletak Hakkan 2026
00:40dan Intipati Perintah Lembaga Pelabuhan Bintulu, Kurungan Pembubaran, Kurungan Tarikh Peletak Hakkan 2026.
00:47Bermula 1 September 2026, semua harta, hak, kepentingan dan obligasi Lembaga Pelabuhan Bintulu telah dipindahkan kepada Kerajaan Sarawak.
00:57Melalui Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 28 Ogos 2026 pula,
01:03Menteri Pengangkutan Malaysia menetapkan bermula 1 September 2026, Pelabuhan Bintulu secara rasminya bertukar status daripada Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Negeri.
01:13Lembaga Pelabuhan Bintulu pula dibubarkan dan peranan sebagai pihak berkuasa kepada Pelabuhan Bintulu telah diambil alih oleh Bintulu Port Authority,
01:22Sarawak
01:22yang merupakan badan berkandun negeri yang ditubuhkan pada 1 September 2024 di bawah The Port Authority's Ordinance 1961.
01:31Pelabuhan ini memulakan operasinya pada 1983 dan dibina sebagai sebuah pelabuhan air dalam
01:37selaras dengan dasar kerajaan untuk menjadikan pelabuhan sebagai satu daya penggerak
01:42bagi semua kegiatan perindustrian di Bintulu, terutama sekali bagi industri gas asli cecai.
01:48Kedudukan laluan yang strategik di antara negara timur dengan Eropah
01:52merupakan kelebihan kepada pelabuhan ini sebagai pelabuhan antarabangsa
01:56selain menjadi laluan utama eksport gas asli cecai LNG dari Malaysia.
02:02Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended