00:00Pekerja dalam sektor perkhidmatan air di Semenanjung dan wilayah Persekutuan Labuan akan diwajibkan menjalani latihan keselamatan Water Industry Safety Passport
00:09atau WISP mulai 2008 bagi meningkatkan tahap kesiap siagaan mereka terhadap risiko di tempat kerja.
00:16Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Fidaus Akbarhan, WISP ialah inisiatif sulung Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara NIOSH
00:26dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara SPAN bertujuan memperkemas dan mengiktiraf kepentingan keselamatan dalam industri perkhidmatan air.
00:38Inisiatif ini jelasnya ialah pemangkin supaya industri lain juga melihat betapa pentingnya ada elemen keselamatan dan kesihatan pekerjaan, OSH, dari
00:47setiap sudut untuk dimainkan serta ditambah baik dan dibangunkan bersama dengan NIOSH dan pihak industri.
00:54Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan WISP bersempena dengan Majlis Peluncuran Persidangan dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, KOSH
01:032016 pada Isnin.
01:05Sementara itu, SPAN menerusi kenyataan memaklumkan WISP dibangunkan selaras dengan Seksyen 15-200C Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Akta
01:17514 berkaitan tanggungjawab majikan menyediakan latihan yang mencukupi bagi memastikan pekerja menjalankan tugas dengan selamat.
01:25Menurut agensi itu, pembangunan WISP melibatkan pegawai keselamatan daripada semua operator bekalan air dan pembentungan di bawah seliaan SPAN serta
01:35pegawai SPAN diketuai oleh NIOSH dan diselaraskan oleh SPAN.
01:38Modul berkenaan turut merangkumi lima topik utama iaitu pengenalan kepada WISP, Undang-Undang Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Bahaya dan
01:48Kawalan Risiko di Tempat Kerja, Safe Work Method serta Tindakan Kecemasan.
Comments