Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Kemunculan semula penyu belimbing mencetuskan seruan memperkukuh penguatkuasaan perikanan, melindungi perairan negara dan menggalakkan penglibatan komuniti dalam usaha pemuliharaan habitat marin.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kemenculan semula penyu berlimbing di pantai Terengganu selepas hampir 9 tahun tidak direkodkan sebagai lokasi pendaratan, memberi harapan baru kepada
00:09usaha pemuliharaan spesies berkenaan.
00:12Lebih menarik, penyu berlimbing dilaporkan kembali mendarat sebanyak 2 kali dalam tempoh singkat untuk bertelur, sekaligus mencetuskan perhatian terhadap kepentingan
00:21memastikan habitat peneluran serta kawasan perairannya terus dilindungi.
00:28Namun, Ketua Pusat Konservasi Marine Universiti Malaysia Terengganu UMT Prof. Madya Dr. Mohd Uzair Rusli berkata, usaha pemuliharaan penyu tidak
00:36seharusnya hanya tertumpu kepada kawasan pantai.
00:39Sebaliknya, aspek pelindungan perairan negara perlu diberi perhatian sama kerana hampir 99% daripada kehidupan penyu berlaku di dalam air.
00:47Yang pertama adalah kepada pengubat dasar dan juga ini adalah perkara yang paling-paling utama kerana penguatkuasaan akan berlaku.
00:54Dan apa yang boleh saya tekankan di sini ialah saya memohon untuk kita sama-sama memikirkan kembali penguatkuasaan tentang perundangan
01:03perikanan kita.
01:05Kita kena betul-betul menjaga perairan negara kita daripada aktiviti-aktiviti perikanan yang tidak bertanggungjawab.
01:12Dan kita juga kena lihat bahawa bagaimana aset yang kita letakkan kepada jabatan perikanan ataupun kepada jabatan-jabatan yang terkait
01:19dengan penguatkuasaan.
01:20Aset mereka juga perlu kita perkasakan untuk mengawas selia perairan negara kita ini.
01:27Dan perkara ini saya rasa pihak kerajaan telah pun sedia maklum dan saya mengambil kesempatan ini untuk nak memberikan penegasan
01:33bahawa
01:34tidak boleh tidak kita kena bukan sahaja memelihara pantai tetapi apa yang berlaku di hadapan pantai dan juga perairan negara
01:41kita.
01:41Kerana penyu ini 99% kehidupannya di dalam air. Jika kita kena pada penyu maka penguatkuasaan dalam aktiviti perikanan ataupun
01:50pencerobohan ataupun aktiviti pelancongan
01:52yang tidak mengikut undang-undang ini perlu kita kuatkuasakan. Maka penguatkuasaan juga perlu kita memperkukuhkan lagi aset-aset mereka.
02:02Dan yang kedua kepada komuniti setempat. Saya menggalakkan komuniti setempat untuk kita sama-sama membawa anak-anak kita pergilah ke
02:09pantai.
02:10Kalau di negeri Terengganu ini cukup unik kita ada Geng Plastik Ija, GPI.
02:15Beliau berkata aktiviti membersihkan pantai bersama komuniti bukan sahaja membantu menjaga kebersihan kawasan pesisir malah dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai
02:23kepentingan ekosistem marin.
02:25Kemunculan semula penyu berlimbing di Terengganu katanya wajar dilihat sebagai peluang untuk memperkukuh usaha konservasi secara menyeluruh termasuk memastikan pusat
02:33-pusat konservasi penyu terus dipelihara dan disokong.
Comments

Recommended