Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Nepal merakamkan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan AS$1 juta dan penugasan pasukan SMART yang menyokong operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir besar di negara itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Nepal menzahirkan penghargaan kepada Malaysia kerana menyalurkan dana 1 juta dolar Amerika dan mengatur gerak pasukan mencari dan menyelamat khas
00:09Malaysia atau SMART bagi menyokong operasi mencari dan menyelamat SAR sesulan banjir besar yang melanda negara itu.
00:17Kuasa Usaha Kedutaan Nepal di Kuala Lumpur, Mudita Bajracharya berkata sokongan dan kepakaran antarabangsa amat penting tak kala Nepal meneruskan
00:27usaha mengesan mangsa serta menyalurkan bantuan kepada komuniti yang terjejas.
00:35Tambahnya Nepal menerima bantuan yang besar daripada negara jiran dan negara sahabat, pertubuhan antarabangsa, dermawan serta penderma dari seluruh dunia.
00:43Pasukan SMART yang dianggotai, 11 anggota dan diatur gerak ke Nepal pada 5 September bagi misi bantuan kemanusiaan dan bencana
00:51HADR telah menamatkan penugasan lapangannya dan kembali ke Malaysia.
00:56Pasukan antarabangsa lain yang terlibat dalam usaha menyelamat termasuk dari Australia dan Emiriyah Arab Bersatu UAE manakala pasukan penyelamat khas
01:04terowong dari India, China dan Korea Selatan
01:07bekerjasama dengan tentera Nepal untuk mencari mangsa di kawasan yang sukar diakses.
01:11Bajracharya berkata operasi SAR masih diteruskan terutamanya di sekitar loji hidrokuasa dan lokasi lain yang terjejas manakala peralatan serta bekalan
01:22tambahan sedang digerakkan dengan bantuan rakan kongsi antarabangsa.
01:25Bajracharya berkata skala kemusnahan masih sangat besar dengan bencana yang melanda di sepanjang sungai Botekoshi dan Trishuli 20 hari lepas
01:35menyebabkan komuniti kehilangan tempat tinggal
01:37serta kediaman jalan raya, jambatan, kemudahan hidrokuasa dan infrastruktur penting lain mengalami kerusakan teruk.
Comments

Recommended