00:00Selamai 76 penduduk daripada 24 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara PPS,
00:06Sesulan Banjir di daerah Larut Matang dan Selama, Perak.
00:10Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa meningkat kepada 76 orang setakat 8 pagi ini
00:17berbanding 69 orang pada jam 4 pagi.
00:21Semua mangsa ditempatkan di PPS Dewan Cangkat Larah manakala jumlah keluarga terjejas kekal 24.
00:27Mereka merupakan penduduk Taman Larah Damai, Kampung Cangkat, Taman Lela dan Taman Kamunting Mutiara.
00:35Beberapa kawasan di daerah itu dilanda banjir atau terputus hubungan selepas parasungai meningkat akibat hujan berterusan sejak petang semalam.
00:43PPS berkenaan dibuka pada 8.30 malam tadi bagi menempatkan penduduk terjejas.
Comments