Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan menegaskan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kerana tiada proses sah pernah menyebabkan Baginda terhenti memegang jawatan berkenaan.
Transcript
00:00Tuanku Muris, Tuanku Munawir kekal sebagai Yang Di, Pertuan Besar Negeri Sembilan.
00:05Menurut Dewan Keadilan dan Undang DKU Negeri Sembilan,
00:09tiada proses sah pernah menyebabkan baginda terhenti memegang jawatan berkenaan.
00:14Ketetapan itu dibuat dalam persidangan khas DKU pada Ahad sebelum kenyataan media dikeluarkan pada Isnin.
00:21DKU menjelaskan pengumuman pada 5 September lalu tidak mempunyai sebarang kesan dari sudut perlembagaan dan adat.
00:29Ini kerana dokumen berkenaan bersandarkan kepada proklamasi 19 April yang disifatkan cacat, luput dan terbatal.
00:38DKU menjelaskan 3 daripada 4 individu yang menandatangani proklamasi itu tidak memegang jawatan undang mengikut adat luak masing-masing pada
00:47ketika itu.
00:47Siasatan penuh seperti diwajibkan di bawah Perkara 10, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 juga didakwa tidak pernah dilaksanakan.
00:58Malah Tuan Kumukris tidak diberikan notis atau peluang untuk didengar.
01:03DKU turut berpendirian, tindakan Menteri Besar Baru menandatangani semula proklamasi sama tidak dapat memulihkan kecacatan terdahulu.
01:11Dalam pada itu, tindakan 6 individu yang menandatangani dokumen 5 September boleh dianggap sebagai derhaka di sisi adat dan undang
01:19-undang.
01:20Setiusa DKU diarah membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.
01:25DKU juga meminta Kerajaan Negeri dan semua pegawainya terus mengiktiraf serta berurusan dengan Tuan Kumukris sebagai Yang Diputuan Besar Negeri
01:33Sembilan.
Comments

Recommended