Skip to playerSkip to main content
  • 39 minutes ago
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam pencerobohan Israel yang melonjakkan harga tenaga, meningkatkan inflasi dan mengancam laluan utama perdagangan dunia.
Transcript
00:00Baik kita mulakan dengan perkembangan sidang kemuncak BRICS ke 2026, pencerobohan Israel di Asia Barat.
00:07Bukan sahaja menjejaskan negara yang terlibat secara langsung, malah memberi tekanan kepada ekonomi dunia.
00:13Dan Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim menegaskan peperangan itu telah menyebabkan harga tenaga meningkat
00:17selain mengancam laluan perkapalan yang menjadi nadi perdagangan global.
00:23Kesannya negara yang tidak terbabit dalam konflik, turut berdepan dengan inflasi yang lebih tinggi
00:28dan juga ketidaktentuan ekonomi.
00:57Dato' Sri Anwar turut berharap BRICS berani menyatakan pendirian secara
01:00jelas bahawa penjajahan, kolonialisme dan keganasan peneroka rejim Zionis tidak boleh dibiarkan berterusan.
01:06Beliau menegaskan setiap nyawa mempunyai nilai yang sama tanpa mengira di mana seseorang itu dilahirkan atau menetap.
01:13Sebagai negara rakan BRICS, Malaysia katanya mahu terus mempertahankan kebebasan,
01:17menentukan haluan sendiri serta berani berdiri teguh dengan pilihannya.
01:21Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi terbuka sidang kemuncak pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi, India pada Ahad.
Comments

Recommended