Skip to playerSkip to main content
  • 3 days ago
Kementerian Luar (Wisma Putra) belum menerima sebarang maklumat yang menunjukkan terdapat rakyat Malaysia terlibat dalam insiden kapal penumpang Virgo Transport 8 di Laut Jawa Indonesia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sementara itu Kementerian Luar, Wisma Putra belum menerima sebarang maklumat yang menunjukkan terdapat rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden kapal
00:07penumpang Virgo Transport 8 yang karam di Laut Jawa.
00:10Wisma Putra memaklumkan kedutaan besar Malaysia di Jakarta terus berhubung dengan pihak berkuasa Indonesia untuk mengesahkan senarai rasmi penumpang dan
00:19juga mendapatkan perkembangan lanjut.
00:21Dalam masa yang sama, rakyat Malaysia yang menetap atau berada di Indonesia dinasihatkan supaya mematuhi sebarang arahan oleh pihak berkuasa
00:29tempatan.
00:31Mereka juga digalakkan mendaftar dan mengemaskini maklumat hubungan menerusi portal e-consular untuk memudahkan komunikasi dan bantuan konsular sekiranya perlu.
00:40Dalam masa itu, orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat berkaitan atau memerlukan bantuan konsular boleh hubungi kedutaan besar Malaysia di
00:49Jakarta melalui saluran berikut.
00:51Terima kasih.
Comments

Recommended