00:00Baik bertemu semula, Suruhanjaya Pilihan Raya SPR akan melaksanakan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya tertakluk kepada pindaan Perlembagaan
00:10Persekutuan.
00:11Pengurusinya, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, Suruhanjaya itu mengambil maklum kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung cadangan pindaan
00:20Perlembagaan Persekutuan
00:22bagi membolehkan penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak pada Jumaat lepas.
00:28Penambahan kerusi Parlimen itu kelab turut mengambil kira bahagian pilihan raya tanah Melayu dengan prinsip nisbah perwakilan Sabah dan Sarawak
00:38turut ditingkatkan daripada kedudukan semasa.
00:42Beliau menjelaskan, SPR akan memberikan penjelasan lanjut apabila terdapat keputusan rasmi serta perkembangan yang membolehkan perkara itu dimaklumkan kepada umum.
00:52Sebelum ini, Perdana Menteri berkata, kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak melebihi kadar semasa,
01:02selaras dengan Semangat Perjanjian Malaysia 1963 MA63.
01:06Anwar berkata, keputusan itu turut melibatkan pindaan perlembagaan bagi membolehkan peningkatan penyertaan Ahli Parlimen dari kedua-dua negeri berkenaan.
01:17Terima kasih kerana menonton!
Comments