00:00Baik kita balik ke perkembangan terkini jerebu seperti yang kita mungkin sedia maklum di beberapa kawasan di serata negara Alhamdulillah
00:07keadaan semakin baik semakin pulih setiap mana yang kita lihat di laman web APIMS ini atau Indeks Pencemaran Udara atau
00:15Pencemar Udara IPU sebenarnya kalau sejak seminggu lepas kita lihat kebanyakan kawasan di Borneo khasnya di Sarawak atau Timur Sarawak
00:23sebenarnya Barat Sarawak kebanyakannya berwarna kuning atas IPU yang sangat tidak sihat.
00:29Kita lihat kawasan yang sangat tidak sihat masih lagi kekal ataupun sudah pun berkurangan kepada empat iaitu Kucing di sini
00:37Serian 174 setakat jam 7 malam tadi dan juga di sini Seri Aman 166.
00:45Serian seperti yang kita sedia maklum beberapa hari lepas atau kira-kira seminggu lepas jatuh ke paras berbahaya lebih 500
00:51tapi Alhamdulillah setakat ini tiga bandar yang paling teruk terkesan dan paling kerap terkesan ini sudah pun kekal di tahap
00:58yang kuning dan kita harapkan mereka juga akan bertukar kepada hijau seperti di kawasan-kawasan lain di serata Sarawak, Sabah
01:05dan juga Semenanjung.
01:06Di Semenanjung satu lagi kawasan masih kekal sangat tidak sihat iaitu kuning iaitu Putrajaya ini adalah kawasan yang sudah pun
01:15bertukar hijau secara langsung sebenarnya peta ini dikemaskini dari semasa ke semasa setiap sejam kami difahamkan.
01:22Alhamdulillah dari situ kalau kita lihat seluruh Semenanjung sama ada hijau ataupun biru sebentar tadi kira-kira setengah jam yang
01:28lepas Putrajaya masih kekal dengan tahap tidak sihat kuning warnanya tetapi semuanya hijau di Semenanjung setakat ini dan masih lagi
01:35hanya tiga di Sarawak yang ataupun empat sebenarnya di Sarawak yang kuning iaitu tahap yang tidak sihat kita harap semuanya
01:42akan kembali kepada hijau dalam masa terdekat tetapi semuanya bergantung kepada ini.
01:45Ini pun adalah peta titik-titik panas di negara jiran. Titik panas bermakna kawasan-kawasan yang masih lagi berlaku kebakaran
01:53hutan dan juga kebakaran terbuka.
01:56Merah ini bermakna ini adalah kawasan yang kepastiannya agak tinggi masih lagi berlaku kebakaran secara aktif bermakna masih lagi menyumbang
02:05secara aktif kepada asap di udara dan atmosfera yang berupaya terus ditiup ke negara kita dan mengekalkan malah menambah jerebu.
02:13Kuning adalah titik panas yang berkepastian sederhana masih lagi ada peluang yang agak signifikan untuk ia kekal terbakar dan juga
02:23terus menyumbang jerebu tapi kebanyakannya kalau kita lihat di Kalimantan dan di Sumatera sementara tadi tapi Kalimantan khasnya masih lagi
02:30kebanyakannya berada di zon merah iaitu kebakaran masih lagi aktif dan kita harapkan ia tidak bertambah buruk ataupun bertambah seterusnya
02:40meningkatkan risiko kepada negara kita.
02:42Dan kalau kita tinjau corak tiupan angin kerana ini penting untuk kita lihat sama ada asap daripada kebakaran-kebakaran ini
02:49akan ditiup ke negara kita corak tiupan angin yang masih lagi serupa iaitu daripada Kalimantan akan melalui di Semenanjung khasnya
02:57di kawasan selatan Semenanjung dan juga di barat Sarawak.
03:01Sarawak itu adalah dua zon yang paling kerap terjejas masih lagi tiupan angin berlaku di sini tetapi kalau kita lihat
03:07ia adalah tiupan angin menjadi semakin jauh daripada kawasan di pertengahan Sarawak tapi masih lagi akan menjejaskan Semenanjung dan juga
03:15bandar-bandar seperti di Kucing, Serian dan juga Seri Aman.
03:19Corak angin tidak banyak berubah yang kita harapkan agar titik-titik panas ini akan makin-makin sedikit agar tidak ada
03:24punca untuk jerbu terus ditiup ke Malaysia.
03:29Ini adalah kemas kini setakat hari ini jam hampir 8 malam seperti yang kita kongsikan sebentar tadi daripada segi kelokasi
03:36dan IPU ataupun kelokasi dan indeks percebar udara.
03:39hanya empat lagi kawasan yang berada di tahap tidak sihat iaitu keempat-empatnya di Sarawak.
03:44Kita harap akan tambah baik. Kita akan berikan kemas kini dari semasa ke semasa.
Comments