Skip to playerSkip to main content
  • 34 minutes ago
Malaysia perlu mengambil tindakan lebih awal bagi menghadapi kemungkinan Super El Nino, terutama bagi mengelakkan tekanan terhadap bekalan air, makanan, kesihatan awam dan sektor ekonomi.
Transcript
00:00Malaysia perlu mengambil tindakan lebih awal untuk menghadapi kemungkinan super El Niño, terutama untuk mengelakkan tekanan terhadap bekalan air, makanan,
00:10kesihatan awam dan juga sektor ekonomi.
00:13Ahli majlis tindakan perubahan iklim negara, Mogesh Sababati berkata, impak yang paling membimbangkan bukan semata-mata suhu yang tinggi, sebaliknya
00:21kesan apabila cuaca panas berlaku serentak dengan kekurangan hujan untuk satu tempoh yang panjang.
00:28Dan dalam keadaan seperti itu, kadar kehilangan air melalui penjejatan meningkat, kelembapan tanah yang berkurang dan juga aliran sungai yang
00:39boleh turut merosot dan juga simpanan empangan juga yang akan menerima tekanan.
00:46Jelas beliau Malaysia sememangnya mempunyai sistem ramalan cuaca dan struktur pengurusan bencana yang kukuh namun kewujudan sistem serta plan semata
00:53-mata tidak mencukupi.
00:54Kita juga perlu memastikan sama ada pelan-pelan ini mempunyai pencetus tindakan yang jelas dan juga sama ada agensi-agensi
01:04yang berkaitan ini berkongsi data dengan pantas, berkongsi maklumat dengan pantas dan juga kepada golongan yang paling memerlukan.
01:12Beliau turut memberi amaran gangguan terhadap pengeluaran domestik boleh menjejaskan keterjaminan makanan termasuk risiko turun naik harga dan persaingan mendapatkan
01:20bekalan daripada pasaran antarabangsa.
01:22Menurutnya pengalaman Malaysia berdepan episod Eldino pada 1997-1968 dan 2015-2016 perlu dijadikan pengajaran supaya tindakan tidak hanya diambil
01:32selepas krisis berlaku.
01:34Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended