Skip to playerSkip to main content
  • 36 minutes ago
Transcript
00:00Sementara itu, Kementerian Kesihatan KKM akan menilai semula semua kontrak berkaitan helikopter perkhidmatan Dr. Udara FDS
00:08susulan nahas di Long Lelang Baram, Sarawak, Selasa Lalu.
00:12Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Mahada Abdul Wahab berkata,
00:17penilaian dan semakan itu merangkumi semua aspek kontrak termasuk perkara berkaitan FDS
00:23selaras dengan arahan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad.
00:30Dr. Mahada berkata, kadar bayaran alaun kepada petugas FDS juga akan dinilai dalam semakan yang dijalankan.
00:37Pada 10 September lepas, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad pada kenyataan berkata,
00:42KKM akan melaksanakan penilaian menyeluruh terhadap keseluruhan kerangka penyampaian perkhidmatan FDS di Sarawak.
00:49Ia termasuk aspek kontrak tak diurus keselamatan operasi, keperluan liputan dan keberkesanan model penyampaian perkhidmatan sedia ada.
00:56Semua operasi FDS di Sarawak juga ditangguhkan buat sementara waktu bagi membolehkan siasatan dan semakan menyeluruh dilakukan terhadap mekanisme keselamatan
01:05serta operasinya.
01:06Langkah itu diambil susulan nahas membabitkan sebuah helikopter yang digunakan bagi FDS di Longlelang pada Selasa
01:12dan mengorbankan kesemua 5 individu termasuk 4 petugas KKM.
Comments

Recommended