00:00Kerajaan setuju secara prinsip untuk menambah wakil parlimen dari Sabah dan Sarawak
00:04dengan memastikan nisbah perwakilan kedua-dua negeri itu dipertingkatkan berbanding kedudukan semasa.
00:11Dan Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada Rabu lalu
00:15dan telah pun dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya SPR untuk memulakan proses rundingan.
00:23Hari Rabu yang lalu, Jemaah Menteri telah bersetuju dan meluluskan prinsip penambahan penyertaan ahli parlimen Sabah dan Sarawak
00:38dengan mengambil kira rasio. Penambahan itu boleh jadi mengelirukan, tambah tidak bermakna dia mungkin just equalize seperti mana yang ada.
00:50Jadi penambahan dengan peningkatan rasio penyertaan Sabah dan Sarawak. Itu yang pertama yang penting.
00:59Yang kedua tentang penambahan jawatan-jawatan penting untuk Sabah-Sarawak seperti mana yang diperakui dalam perjanjian Malaysia
01:10dan juga dalam Suruhanjaya Kobol sebelumnya. Dan kita telah putuskan dalam beberapa fasa. Fasa pertama telah dilaksanakan.
01:18Fasa kedua disegerakan. Ini termasuklah yang disebut melantik anak-anak dari Sabah-Sarawak untuk jabatan-jabatan yang utama.
01:28Beliau menjelaskan penambahan kerusi parlimen tidak boleh hanya meningkatkan jumlah keseluruhan kerusi,
01:34sebaliknya perlu mengambil kira nisbah perwakilan Sabah dan Sarawak.
01:38Katanya sebarang penambahan kerusi juga boleh melibatkan semenanjung,
01:42namun prinsip utama ialah nisbah kerusi Sabah dan Sarawak mesti lebih tinggi daripada kedudukan ketika ini.
01:49Menurutnya perkara itu turut mengambil kira semangat asal Perjanjian Malaysia 1963 MA63
01:56yang memperuntukkan nisbah 1 per 3 bagi Sabah, Sarawak dan Singapura sebelum penyertaan Singapura berakhir pada 1965.
02:05Kita dah, Kabinet dah putuskan, saya dah maklumkan kepada SPR dan mereka akan tentu semulakan rundingan.
02:14Saya fikir kalau untuk eleksyen ini, saya tak pasti boleh sempat atau tidak.
02:20Sebab kena manfaat, kemudian ada proses. Saya tidak mahu ganggu dari segi proses perlembagaan.
02:28Tetapi yang penting keputusan dibuat dan SPR telah dimaklumkan.
02:33Beliau menegaskan kerajaan tidak mahu mengganggu proses perlembagaan yang perlu dilalui,
02:39namun keputusan dasar mengenai penambahan wakil Parlimen Sabah dan Sarawak telah dibuat.
02:45Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempersidangkan mesyuarat tindakan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 MTP MA63 di Kota Kinabalu.
Comments