Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Perkembangan Mesyuarat Lembaga Pengampuan bersama Khalish Kadir Wartawan Astro AWANI.
Transcript
00:01Ini perkembangan yang baru kami terima di mana mesyuarat lembaga pengampunan yang bersidang di Istana Negara sejak awal pagi tadi
00:08kini selesai.
00:10Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan Hanah Yoh meninggalkan Istana Negara selepas menghadiri mesyuarat berkenaan.
00:16Untuk perkembangan lanjut, kita bersama rakan setugas Kalish Qadir. Silakan Kalish.
00:24Terima kasih Kabir Razis. Seperti yang Kabir maklumkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan Hanah Yoh baru sahaja meninggalkan
00:34Istana Negara pada jam 11 pagi tadi selepas hadir sejak awal 7.45 pagi untuk menghadiri mesyuarat lembaga pengampunan wilayah
00:44Persekutuan yang dijadual berlangsung jam 8.30 pagi tadi
00:48dipengerusikan oleh yang dipertuan agung Sultan Ibrahim termasuk juga ahli lembaga lain iaitu Peguam Negara dan juga tiga ahli anggota
00:58yang dilantik oleh yang dipertuan agung di mana ketika ditanya mengenai hasil mesyuarat
01:04Hena memaklumkan bahawa hanya meminta media untuk menunggu kenyataan rasmi di mana kenyataan rasmi itu baru sahaja menyusul kira-kira
01:1210 minit yang lalu yang memaklumkan bahawa agenda mengenai isu Dato' Sri Najib Razak
01:18akan dibincangkan dalam mesyuarat lembaga pengampunan yang akan datang dan mengapa isu Dato' Sri Najib Razak ini dibangkitkan ataupun menjadi
01:30spekulasi sejak 1-2 hari ini
01:32kerana apabila Dato' Sri Ahmad Zahir Hamidi Presiden UMNO sebelum ini iaitu pada Khamis semalam
01:39memaklumkan bahawa beliau dan seluruh pucuk pimpinan UMNO meletakkan harapan yang positif terhadap keputusan ataupun nasib Dato' Sri Najib Razak
01:50menjelang mesyuarat yang berlangsung pada hari ini di mana Dato' Sri Zahir memaklumkan beliau menyerahkan sepenuhnya keputusan berkait Dato' Sri
02:00Najib kepada kebijaksanaan yang dipertuan agung Sultan Ibrahim
02:03untuk mesyuarat yang dipengurusikan baginda pada pagi ini bagaimanapun itulah yang saya maklumkan bahawa perkembangan itu telahpun kita dapat sahkan
02:13bahawa ia akan dibincangkan jadi satu lagi agenda
02:18dalam mesyuarat lembaga pengampunan yang akan datang di mana lembaga pengampunan wilayah persekutuan ini seperti kita maklum dipengurusikan oleh yang
02:29dipertuan agung
02:30yang turut dianggutai seperti saya maklumkan oleh Peguam Negara, Menteri yang bertanggungjawab di wilayah persekutuan iaitu untuk kali ini iaitu
02:39Hainah Yoh dan juga tiga anggota lain yang dilantik oleh agung
02:42dan sepertinya yang saya maklumkan juga kita imbas kembali kenapa Dato' Sri Najib Razak yang menjadi tumpuan pada hari ini
02:50selain daripada kenyataan daripada Presiden UMNO kita melihat juga pada Januari 2024
02:56bagaimana sebelum ini mesyuarat kali ke-61 pada 29 Januari 2024
03:02sebanyak 5 kertas pengampunan dipertimbangkan dan itu juga termasuk permohonan Dato' Sri Najib Razak
03:09bagaimanapun keputusan itu ya sama juga seperti hari ini tidak diumumkan pada hari yang sama
03:16kalau kita lihat mengimbas kembali kepada kronologi pada Januari 2024 itu
03:214 hari kemudian iaitu pada 2 Februari 2024
03:24barulah urus setia lembaga pengampunan mengumumkan pada ketika itu hukuman penjara Dato' Sri Najib Razak
03:31dari pengurangan 50% dari 12 tahun kepada 6 tahun penjara itu
03:37manakala denda pula daripada RM210 juta kepada RM50 juta
03:42dan selepas daripada keputusan itu isu berkaitan permohonan tahanan di rumah juga turut menjadi sebahagian sebenarnya
03:50daripada perkembangan kes bekas Presiden UMNO itu
03:54jadi saya kira sebelum kembali ke studio penting juga untuk kita memahami proses ataupun prosedur lembaga pengampunan ini
04:02susulan kenyataan yang baru sahaja kita terima seperti tadi mengenai 11 September ini
04:08jumlah yang mendapat pengampunan daripada yang di Putuan Agong
04:12terkait juga apa yang dimaklumkan mengenai kenyataan yang akan dibincangkan agenda Dato' Sri Najib pada mesyuarat kelab
04:19kalau kita lihat lembaga pengampunan wilayah persekutuan ini
04:24dari sudut prosesnya sebelum memberikan nasihat mengenai sesuatu perkara
04:30lembaga pengampunan hendaklah mempertimbangkan pendapat bertulis yang dikemukakan oleh peguam negara
04:36kerana itu juga kita melihat kehadiran Tan Sri Muhammad Dusuki Muhtar pada jam 8 pagi tadi
04:43bersama-sama dengan Hainah Yoh dan dalam proses pertimbangan pula
04:48antara perkara yang pernah yang dinyatakan
04:51ini juga kenyataan daripada Perdana Menteri Dato' Suriano Ibrahim sebelum ini
04:55bagaimana proses lembaga pengampunan itu melalui pengalamannya juga
05:00termasuk asas rayuan, latar belakang, perjalanan hidup individu, keluarga, kehidupan, jasa serta sumbangan kepada masyarakat dan juga negara
05:10kemudian barulah anggota lembaga memberikan pandangan dan juga nasihat kepada yang di Pertuan Agong
05:16sebelum yang di Pertuan Agong membuat keputusan berhubung perkara tersebut
05:21jadi itu serba sedikit mengenai kronologi dari awal
05:24sejak kami berada di sini bersama beberapa lagi pengamal media yang membuat liputan menjadi tumpuan di Istana Negara ini
05:31dari jam 8 pagi sehinggalah selesai
05:33jam 11 pagi kemudian ada kenyataan susulan
05:37memaklumkan pengampunan beberapa jumlah banduan
05:40dan juga kenyataan mengenai Dato' Suri Najib Razak
05:44dan juga inilah perkembangan yang dapat kami bawakan di Istana Negara
05:49mengenai apa yang menjadi tumpuan untuk hari ini
05:53setakat itu dahulu, kabir
Comments

Recommended