Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Lapan kawasan di Sarawak dan Labuan merekodkan IPU tidak sihat setakat jam 11 pagi, dengan Samarahan tertinggi pada 181.
Transcript
00:00Baik, kualiti udara di beberapa kawasan kembali merosot apabila 9 stesen mencatatkan bacaan Indeks Percamara Udara IPU pada tahap tidak
00:08sihat setakat jam 11 pagi Jumaat.
00:10Angka itu meningkat berbanding hanya 4 kawasan yang merekodkan bacaan tidak sihat pada jam 6 pagi tadi.
00:16Berdasarkan portal sistem pengurusan Indeks Percamara Udara Malaysia APIMS, 8 daripadanya terletak di Sarawak, manakala satu lagi di wilayah Persekutuan
00:24Labuan.
00:25Samarahan merekodkan bacaan tertinggi iaitu 181, diikuti Seri Aman 174, Sari K 160 dan Sibu 157.
00:35Turut mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Mukah dengan 155, Bintulu 154, ILP Miri dan Miri masing-masing 151 dan Labuan
00:45113.
00:46Secara keseluruhan, 30 stesen mencatatkan bacaan IPU sederhana manakala 3 stesen berada pada tahap baik.
00:52Tiada kawasan merekodkan bacaan sangat tidak sihat ataupun berbahaya.
00:56Bacaan IPU Sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300
01:06sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 adalah berbahaya.
Comments

Recommended