00:00Bekas pengurusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Kuala Lumpur atas
00:08satu pertuduhan menggunakan kedudukan berkaitan pelaburan RM193.5 juta dalam Putrajaya Perdana Berhad 12 tahun lalu.
00:18Abdul Aziz membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.
00:23Mengikut pertuduhan, ahli politik berusia 60 tahun itu didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu pengurusi Lembaga Tabung Haji telah
00:34menggunakan kedudukannya untuk suapan.
00:36Ia membabitkan jawatan pengurusi Putrajaya Perdana Berhad dengan remunerasi sebanyak RM690,000 setahun serta kemudahan satu kereta jenis BMW 7
00:51Series termasuk seorang pemandu tetap.
00:55Perbuatan itu didakwa dengan mengarahkan Tan Sri Ismail Ismail selaku ketua pegawai eksekutif Lembaga Tabung Haji dengan mencadangkan Abdul Aziz
01:06sebagai wakil Tabung Haji dalam syarikat Putrajaya Perdana.
01:10Ia termasuk meyakinkan ahli-ahli Lembaga Tabung Haji semasa mesyuarat Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Haji supaya bersetuju meluluskan cadangan untuk
01:20melabur sehingga RM193.5 juta sehingga 30% modal saham terbitan sedia ada dalam syarikat itu.
01:28Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 231 Akta Suruhanjaya Perjagaan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum bawah Seksyen 24 dalam kurungan satu
01:38akta sama yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda jumlah suapan atau
01:47RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.
01:51Terima kasih.
Comments