Skip to playerSkip to main content
  • 33 minutes ago
Mazlan Ali berkata perjanjian rasmi yang mengikat kepentingan kedua-dua parti akan beri lebih kestabilan berbanding sekadar persefahaman bersama.

Category

🗞
News
Transcript
00:01Kerjasama antara UMNO dan PAS dilihat mempunyai peluang lebih baik untuk bertahan selepas tidak lagi dibayangi bersatu.
00:09Penganalisis dari Universiti Teknologi Malaysia Mazlan Ali berkata,
00:13perjanjian rasmi yang mengikat kepentingan kedua-dua parti akan memberikan lebih kestabilan berbanding sekadar persefahaman bersama.
00:20Menurut Mazlan, Mofakat Nasional ataupun MN sebelum ini gagal kerana UMNO tidak berpuas hati dengan hubungan PAS dan bersatu.
00:28Namun, landscape politik kini berubah dengan PAS memutuskan hubungan dengan bersatu walaupun kedua-duanya masih berada dalam Perikatan Nasional.
00:37Beliau berkata, sebarang perjanjian baharu perlu memberisikan dengan jelas perkara berkaitan pembahagian kerusi,
00:44kesetiaan antara parti dan pendirian bersama mengenai isu politik.
00:49Bagaimanapun, persoalan siapa bakal mengetuai kerajaan jika gabungan itu memenangi PRU masih boleh mencetuskan pertikaian.
00:57Sementara itu, Syazah Syukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata,
01:03piagam rasmi boleh memberikan kekuatan politik kepada kerjasama tidak rasmi dengan menjadikannya komitmen yang khusus.
01:10Beliau berkata, ia boleh meyakinkan anggota parti bahawa kerjasama tersebut mendapat sokongan kedua-dua kepimpinan,
01:17memberikan kerangka kepada pemimpin negeri untuk berunding dan memberi isyarat kepada pengundi bahawa PAS dan UMNO berhasrat mengelakkan pertandingan tiga
01:25penjuru.
01:26Farifah Nasaruddin, FMT
Comments

Recommended