Skip to playerSkip to main content
  • 48 minutes ago
Umno berkata kemelut institusi dan pentadbiran negeri tidak wajar dilihat terpisah daripada rentetan peristiwa ketika pentadbiran Aminuddin Harun.

Category

🗞
News
Transcript
00:00UMNO mempersoalkan kritikan PKR Negeri 9 berhubung kemelut institusi dan pentadbiran negeri yang menurutnya dibuat tanpa melihat rentetan peristiwa membawa
00:11kepada keadaan sekarang.
00:12Ketua Penerangan UMNO Negeri 9, Sufian Maradzi berkata, kemelut itu tidak wajar dilihat secara terpisah daripada perkembangan ketika pentadbiran terdahulu
00:22pimpinan Aminuddin Harun yang menjadi antara asas hilangnya keyakinan UMNO dan Barisan Nasional terhadap kepimpinannya.
00:30Katanya pendirian itu bukan menolak konsep kerajaan perpaduan, sebaliknya cara Aminuddin mengendalikan krisis negeri sehingga akhirnya memilih membubarkan dun selepas
00:40gagal mencapai penyelesaian politik.
00:43Beliau mengulas kenyataan PKR Negeri 9 yang menggesa kemelut institusi dan pentadbiran negeri diselesaikan segera bagi mengelakkan urusan rakyat serta
00:53kegiatan ekonomi terjejas.
00:54Sufian berkata kerajaan negeri ketika ini perlu diberikan ruang untuk menyelesaikan kemelut berkenaan secara tertib, berpelembagaan dan menghormati proses yang
01:05sedang berjalan.
01:06Menurutnya perkara membabitkan institusi diraja, adat dan struktur pemerintahan negeri 9 tidak seharusnya dijadikan medan untuk mencetuskan tekanan politik.
01:16Kedija Juno, FMT
Comments

Recommended