00:00Pandangan saya, Disiplin Fiscal yang tidak dilaksanakan mestilah berjalan seiring dengan keadaan sosial.
00:05Dan jangan sampai kita terlepas pandang dan kuasa beli rakyat yang semakin hari semakin menimpis dompetnya.
00:13Puan Yang Di-Pertua, perkara kedua yang saya ingin sentuh adalah berkenaan akaun belum terima ataupun AABT,
00:20yang mana wang yang sepatutnya telah menjadi milik hak kerajaan dan boleh dibelanjakan untuk pelbagai kepentingan rakyat,
00:26tetapi masih gagal untuk dikutip.
00:29Berdasarkan laporan audit kali ini, jumlah tunggakan AABT masih setinggi RM51.19 bilion, lebih mengejutkan.
00:38Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM17.42 bilion telah tertunggak melebihi 6 tahun lamanya.
00:45Rakyat di sana tertanya-tanya, jika mereka lewat untuk membayar cukai ataupun pinjaman, cepat saja tindakan dikenakan kepada mereka.
00:53Tetapi apabila wang kerajaan sendiri tertunggak selama bertahun-tahun lamanya dengan jumlah yang begitu besar,
01:00statusnya masih boleh kekal sebagai AABT dan dibiarkan begitu saja.
01:04Saya tidak berhasil untuk menggesa kerajaan agar mengutipnya serta mata ataupun sekirip mata.
01:09Namun rakyat berhak untuk tahu berapa yang boleh ditarik balik, berapa yang sudah menjadi hutang lapuk dan berapa yang terpaksa
01:16dihapus kira.