00:01Kementerian Kewangan atau MOF menegaskan tiada sekatan dibuat terhadap peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah atau KKDW bagi projek jalan
00:11luar bandar, sebaliknya ia telah disalurkan sepenuhnya.
00:15Penjelasan itu dibuat susulan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Zahid Hamidi yang semalam mengarahkan isu pembayaran kepada kontraktor diberi perhatian
00:24serius, termasuk bagi projek jalan luar bandar.
00:27Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmud Merikan berkata kekangan pembayaran berlaku kerana peruntukan tahun semasa hampir dibelanjakan sepenuhnya.
00:38Menurut beliau, sejak beberapa tahun lalu, KKDW telah membuat komitmen dan berbelanja lebih daripada peruntukan tahunan yang diluluskan untuk projek
00:49-projek jalan luar bandar.
00:50Berdasarkan rekod MOF, bagi 2026, KKDW menerima peruntukan RM2.1 bilion dan telah membelanjakan RM1.9 bilion sehingga Jun.
01:04Manakala MOF telah meluluskan tambahan RM300 juta bagi membantu menyelesaikan tunggakan bayaran kepada kontraktor.
Comments