00:00Peguam dan aktivis Siti Qasim memutuskan untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia atau PBM pimpinan Larry Seng,
00:08sekaligus menandakan penyertaan pertamanya dalam sebuah parti politik.
00:12Menerusi hantaran di Facebook, bekas calon bebas PRU15 itu menegaskan beliau menyertai PBM
00:18kerana kepimpinannya bersetuju menghormati kebebasannya untuk terus lantang menyuarakan pandangan dan prinsip yang diperjuangkannya.
00:26Beliau menyatakan akan tetap mempertahankan nasib orang asli, kebebasan berperlembagaan, kesamarataan
00:33serta memperjuangkan golongan terpinggir menerusi platform parti berkenaan.
00:37Sebelum ini, Siti mengetuai kumpulan calon bebas gerak pada PRU15 tetapi hilang wang deposit selepas hanya memperoleh 653 undi di
00:47kerusi Parlimen Batu.
00:48Aktivis yang dikenali lantang mengkritik dasar konservatif itu juga pernah menjadi sasaran ancaman keselamatan
00:56apabila bom buatan sendiri ditemui di bawah keretanya pada Julai 2023.
01:01Haile Izzati, FMB