Skip to playerSkip to main content
  • 28 minutes ago
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan menggantung semua kegiatan PN berkuat kuasa 23 Sept susulan aduan Bersatu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Naib Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu atau lebih dikenali sebagai Peja menyefatkan
00:06kemelut dalam Perikatan Nasional sebagai sesuatu yang mengecewakan,
00:11memalukan dan mengkhianati perjuangan yang dibina bersama.
00:15Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata perkara yang pada asalnya kecil
00:20kini berubah menjadi kemelut yang boleh membawa kesan besar
00:23sambil mengakui dirinya berasa kecewa, marah, malu dan dikhianati.
00:28Tanpa menamakan mana-mana pihak, Peja menyindir pemimpin yang didakwanya berubah sikap
00:34selepas seseorang tidak lagi berada di kedudukan tertinggi,
00:38selain mengkritik pihak yang menyalahkan orang lain atas setiap masalah.
00:43Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya mengakui kesilapan masing-masing
00:47dan tidak menganggap diri sentiasa betul sambil berkata
00:51setiap orang perlu bersedia memperbaiki kelemahan sendiri.
00:54Penyataan itu dibuat ketika hubungan bersatu dan pas terus tegang
00:58selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia menggantung semua kegiatan PN
01:03berkuat kuasa 23 September sesulan aduan bersatu.
01:07PN tidak bersetuju dengan tindakan itu dan berkata akan mengambil langkah undang-undang.

Recommended