00:00Kerajaan Negeri Sembilan boleh membuat keputusan berkenaan belanjawan tanpa perlu adanya Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau SKO, kata Menteri
00:10Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim.
00:12Beliau dilapor berkata Jabatan-Jabatan Kerajaan boleh menyediakan belanjawan untuk dibawa terus kepada DUN tanpa perlu melalui SKO untuk kelulusan.
00:22Ismail juga memaklumkan semua portfolio EXCO dijaga oleh Ketua Jabatan berkaitan buat masa ini bagi memastikan ia berjalan seperti biasa.
00:31Dalam pada itu, Ismail memaklumkan sidang DUN yang dijadualkan berlangsung pada 16 Oktober ditangguhkan ke November dengan pembentangan belanjawan dijangka
00:41pada 27 November.
00:42Kerajaan Negeri juga akan memanggil semua 25 adun kerajaan bagi sesi konsultasi belanjawan bulan ini.
00:49Negeri Sembilan tidak mempunyai barisan EXCO sejak 20 September lalu.
00:54Selepas kesemua 10 anggotanya dilucutkan jawatan kerana melanggar sumpah jawatan,
01:00susulan kenyataan mereka yang menyokong pengisytiharan untuk menurunkan Tuan Kumuhris Tuan Kumunawir sebagai yang dipertuan besar.