00:00Speaker Parlimen Iran Mohamad Bakir Khalibaf memberi amaran kepada Amerika Syarikat bahawa percaturan konflik dengan Tehran kini sudah berubah.
00:08Sambil menegaskan Washington perlu memahami perubahan itu sebelum terlambat.
00:14Amaran itu hadir sehari selepas Amerika Syarikat menyerang beberapa kapal tangki Iran di Teluk.
00:21Dalam ucapan yang disiakan menerusi telegram pada Ahad, Khalibaf mendakwa serangan hebat Angkatan Tentera Iran terhadap Amerika Syarikat telah menyebabkan
00:30Washington semakin terdesak.
00:32Beliau turut menuduh Amerika Syarikat menggunakan kecerdasan buatan untuk menghasilkan gambar dan video berkaitan situasi di bedan perang,
00:40di samping mengeluarkan apa yang disifatkannya sebagai slogan tidak masuk akal dan kosong.
00:45Dalam peri itu, Khalibaf menegaskan era tindak balas secara setimpal sudah berakhir dengan serangan terbaharu Iran terhadap pangkalan Amerika Syarikat
00:55disifatkan hanya sebagai permulaan.
00:58Khalibaf berkata setiap pencerobohan terhadap keselamatan dan aset Iran selepas ini akan dibalas dengan tindakan yang lebih pantas, berat dan
01:08menyakitkan.
Comments