00:00Seterusnya, beberapa penerbangan AirAsia ke dan dari Jakarta dibatal atau dijadwalkan semula susulan letusan perterusan Gunung Berapi Anak Krakatau di
00:08Selat Sunda, Indonesia yang menghasilkan awan abu yang banyak.
00:12Kenyataan AirAsia maklumkan, abu Gunung Berapi menimbulkan ancaman besar kepada keselamatan pesawat, mendorong pelarasan operasi kepada perkhidmatan terpilih dengan laluan
00:20penerbangan yang mungkin terjejas.
00:22Ia menambah AirAsia telah maklumkan semua penumpang yang terjejas mengenai status penerbangan dan pilihan disediakan untuk mereka.
00:28AirAsia juga sedang berusaha untuk memastikan penumpang dapat menyambung perjalanan mereka dengan selamat pada penerbangan seterusnya.
00:35Dalam situasi tidak menentu, AirAsia turut menggesa penumpang yang pergi dan balik dari destinasi terjejas untuk menyemak status penerbangan terkini
00:42mereka sebelum melakukan perjalanan.
00:44Pihak AirAsia terus memantau aktiviti Gunung Berapi Gunung Anak Krakatau dan akan mengemaskini nasihat perjalanan dengan penyambungan semula operasi seperti
00:52biasa.
Comments