Skip to playerSkip to main content
  • 18 minutes ago
KKM memperkukuh kawalan kargo dan pintu masuk negara bersama JKDM serta AKPS bagi mengekang penyeludupan ubat tidak sah, yang mencatat rampasan lebih RM132.4 juta di seluruh negara sejak 2023.
Transcript
00:00Kementerian Kesihatan KKM memperketat kawalan kargo dan pintu masuk udara menerusi kerjasama strategik dengan Jabatan Kustom Diraja Malaysia JKDM serta
00:08agensi kawalan dan pelindungan sempadan AKPS bagi menangani aktiviti penyeludupan ubat.
00:13Menteri Kesihatan Datuk Suri Dr. Zulkifri Ahmad berkata, langkah itu bertujuan memutuskan rantaian sidiket penyeludupan ubat tidak sah daripada memasuki
00:20pasaran tempatan dan mencerminkan komitmen kerajaan memastikan hanya produk farmaceutikal selamat, berkualiti dan berkesan kepada pengguna.
00:31Beliau berkata, kedudukan geografi Sabah dan Sarawak menjadikan dua negeri itu turut berhadapan dengan ancaman penyeludupan rentas sepadan menerusi lorong
00:40tikus dan pintu sepadan darat serta laut untuk membawa masuk ubat terlarang.
00:44Berdasarkan statistik bahagian penguasaan farmasi KKM, Zulkifri berkata, nilai rampasan ubat tidak sah di seluruh negara mencecah lebih 132.4
00:54juta ringgit, melibatkan lebih 64,000 produk dari 2023 hingga 2025.
01:00Beliau berkata, kebanyakan produk dirampas ialah suplemen kesehatan tidak berdaftar dan jamur dicampur dengan steroid berbahaya seperti dexamethasone serta ubat
01:09kurus mengandungi sibutramin.
01:11Di Sabah, Zulkifri berkata, rampasan ubat tidak sah bernilai hampir RM4.507 juta dalam tempoh tiga tahun iaitu RM984,277
01:23pada 2023, RM2.89 juta pada 2024 dan RM633,639 pada 2025.
01:32Zulkifri berkata, perkembangan pesat teknologi digital dan platform e-dagang mewujudkan cabaran baharu yang mendedahkan masyarakat kepada risiko serius jika
01:42tahap kesedaran berhubung isu itu masih rendah.
01:45Selain itu, Zulkifri menggesa ketua kampung, jawatan kuasa pembangunan dan keselamatan kampung serta pemimpin adat di Sabah menjadi duta Tobas
01:54dan segera melaporkan kepada KKM penjualan ubat mencurigakan khususnya antibiotik di kedai runcin.
02:01Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended