00:00Syarikat pemula teknologi angkasa lepas Jerman, ESA Aerospace, berjaya melancarkan roket dari tapak pelancaran di Artik, Norway pada Sabtu.
00:08Pelancaran itu dilihat membawa Eropah selangkah lebih dekat untuk menawarkan perkhidmatan pelancaran satelit dari benua itu sendiri.
00:15Roket Spectrum yang tidak membawa kru manusia itu dilancarkan dari Andoya Spaceport di utara Norway.
00:20Menurut ESA Aerospace, roket itu membawa lima satelit kecil selain satu eksperimen teknologi dalam penerbangan.
00:26Spectrum direka untuk membawa muatan bersaiz kecil dan sederhana bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam sektor misi angkasa komersial.
00:34Pelancaran itu juga dianggap penting dalam usaha Eropah membangunkan keupayaan pelancaran roket sendiri ketika beberapa negara termasuk Sweden dan Britain
00:41mahu mendapatkan bahagian dalam pasaran misi angkasa komersial yang semakin berkembang.
00:46Ini merupakan pelancaran kedua ESA Aerospace selepas percubaan pertama syarikat itu kira-kira 18 bulan lalu gagal apabila roket berkenaan
00:54terhempas dan meletup tidak lama selepas berlepas dari lokasi yang sama.
00:58Tiada kecerahan dilaporkan dalam insiden tersebut.
01:01Terima kasih telah menonton!
01:06Terima kasih telah menonton!
Comments