00:00Freedom Flotilla Coalition FFC umum pelancaran misi maritim baharu ke Gaza pada Oktober depan dalam usaha mencabar sekatan yang dikenakan
00:08Israel ke atas wilayah Palestine itu.
00:10Dalam satu kenyataan, gabungan tersebut berkata, misi berkenaan bertujuan meningkatkan tekanan awam terhadap kerajaan-kerajaan Eropah supaya mengambil tindakan lebih
00:18tegas berhubung krisis kemanusiaan di wilayah itu.
00:22Menurut FFC, pelayaran berkenaan sudah pun bermula dengan kapal Handala 2 yang telah mengunjungi beberapa pelabuhan di Norway, Sweden dan
00:29Denmark sepanjang Jun dan Julai lalu.
00:32Sebuah lagi kapal Kate berlepas dari Bristol, United Kingdom pada Ogos sebelum singgah di Island, Jerman dan Perancis.
00:39Kedua-dua kapal itu dijangka meneruskan perjalanan ke Spanyol, Portugal dan Itali sebelum menuju ke Gaza dengan seseorang ketibaan pada
00:46Oktober.
00:46Misi kali ini melibatkan penyertaan aktivis hak asasi manusia, pemimpin kesatuan sekerja, wakil rakyat, wartawan, petugas perubatan dan penyokong hak
00:55rakyat Palestine dari pelbagai negara.
00:57FFC turut menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan komuniti tempatan di setiap pelabuhan persinggahan bagi mendesak kerajaan masing-masing menghentikan penghantaran
01:05senjata dan tenaga, menamatkan kerjasama diplomatik serta mengenakan sekatan ke atas Israel.
01:10Ahli Jatuh Angkasa Pemandu FFC berkata, misi tersebut dijalankan kerana kerajaan-kerajaan dunia dilihat gagal memenuhi tanggungjawab mereka dalam menangani
01:19situasi di Gaza.
01:20Freedom Flutilla Coalition berharap sokongan antarabangsa dapat membantu memastikan pelayaran mereka ke Gaza berlangsung dengan selamat dan tanpa halangan.
01:28Terima kasih telah menonton!
Comments