00:00Bekas pengurus keselamatan dan kesihatan THP Bina sendirian berhad didakwa di Mahkamah Session Kuala Lumpur hari ini atas tiga pertuduhan
00:10pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM72,000.
00:14Nasaruddin Ahmad, 56 tahun, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Rosli Ahmad.
00:24Terutuduh didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang hasil kutipan penalti ke atas sebuah syarikat kontraktor dengan memasukkan wang berkenaan ke
00:32dalam akaunnya.
00:33Wang itu berkaitan projek cadangan pembangunan Kompleks Pejabat Depresin 3 Putrajaya.
00:38Kesalahan didakwa dilakukan di Kompleks Islam Putrajaya antara 26 April 2013 hingga 12 Ogos 2015.
00:46Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda
00:56jika sabit kesalahan.
00:58Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM50,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan.
01:05Tertuduh turut diarah melapor diri di Pejabat SPRM Putrajaya setiap bulan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendawaan.
01:13Mahkamah menetapkan 5 Oktober untuk sebutan semula kes.
Comments