Skip to playerSkip to main content
  • 11 minutes ago
PETRONAS menyasarkan mengekalkan pengeluaran minyak dan gas pada kadar dua juta tong setara minyak sehari sehingga 2028 menerusi pelaburan berterusan dalam penerokaan dan pembangunan medan pengeluaran. Dalam perkembangan lain, Zecon Berhad memajak tanah bernilai RM54.36 juta untuk projek ladang solar 100MW di Sarawak, manakala Asia OneHealthcare dilaporkan merancang IPO di Bursa Malaysia yang berpotensi mengumpulkan sehingga RM10 bilion.
Transcript
00:00Petroleum Nasional Berhad Petronas menyasarkan untuk mengekalkan pengeluaran minyak dan gas Malaysia pada kadar 2 juta tong setara minyak sehari
00:09sehingga 2028,
00:11kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.
00:17Beliau berkata sasaran itu akan disokong oleh pelaburan berterusan dalam aktiviti penerokaan, pembangunan laut dalam serta peningkatan pemulihan daripada medan
00:26pengeluaran Petronas.
00:27Merentasi portfolio Petronas, Tengku Muhammad Taufik berkata, syarikat minyak nasional itu menerapkan pendekatan sama menerusi kerjasama, kolaborasi teknikal dan struktur
00:38komersial alternatif yang disesuaikan dengan keadaan setiap peluang.
00:43Zikon Berhad akan memajak sebidang tanah selama 30 tahun, penilai RM54.36 juta bagi membangunkan projek ladang solar fotovoltaik berkepas
00:53di 100 MW arus ulang alik di Kuching, Sarawak.
00:56Cadangan itu melibatkan anak syarikat milik penuh Zikon, Zikon Renewable Sarawak Sedang Berhad, Zek RSSB yang akan mengambil pajakan kecil
01:05tanah seluas 122.18 hektare atau kira-kira 302 hekar daripada Zikon Solar Sedang Berhad.
01:13Tanah Berkenaan merupakan sebahagian daripada kota Petra Green Technology Park di daerah tanah Salak, Kuching yang telah diluluskan untuk pembangunan
01:22ladang solar berkapasiti 100 MW arus ulang alik.
01:25Asia One Healthcare Sedang Berhad penyedia perkhidmatan kesihatan yang disokong firma pelaburan TPG Inc. dilaporkan telah mengemukakan permohonan bagi melaksanakan
01:36tawaran awam permulaan IPO di Bursa Malaysia yang berpotensi mengumpulkan sehingga RM10 bilion.
01:42Menurut sumber yang mengetahui perkara itu, syarikat berkenaan telah menyerahkan draft pendaftaran kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada minggu lalu bagi
01:51tujuan penyelaraian tersebut lapor The Edge.
01:54Sekiranya IPO berkenaan berjaya dilaksanakan dengan nilai kutipan RM10 bilion, ia bakal menjadi antara penyelaraian terbesar dalam sejarah pasaran modal
02:03Malaysia.
02:05Bagaimanapun, sumber itu berkata perbincangan mengenai IPO tersebut masih berlangsung dan tiada jaminan bahawa Asia One Healthcare akhirnya akan meneruskan
02:14rancangan penyelaraian berkenaan.
Comments

Recommended