00:00Sebuah bot tunda karam di luar pantai Tenggara Korea Selatan pada Rabu menyebabkan seorang kru maut manakala enam lagi hilang.
00:08Menurut pihak pengawal pantai, bot tunda itu membawa lapan kru ketika berlepas dari Busan untuk menunda sebuah kapal dagang.
00:17Bot itu terbalik sebelum karam pada kira-kira jam 3.30 petang iaitu kira-kira dua jam selepas kejadian bot
00:24terbalik itu dilaporkan.
00:26Seorang kru warga Indonesia diselamatkan kapal dagang tersebut.
00:30Manakala seorang kru warga Korea Selatan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh pasukan penyelamat pengawal pantai dan disahkan meninggal
00:40dunia di hospital.
00:42Pihak pengawal pantai dan tentera laut telah mengerahkan kapal serta pesawat untuk mencari enam kru yang hilang itu.
00:49Presiden Lee Jae-myung mengarahkan pihak berkuasa supaya menggerakkan segala sumber yang ada.
00:56Terima kasih.
00:56Terima kasih.
Comments