00:00Fenomena El Nino ketika ini menyebabkan jangkaan pencemaran jerebu untuk beberapa hari akan datang kekal tinggi.
00:07Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Jabatan Alam Sekitar JAS Azuri Azizah Saedun berkata fenomena tersebut juga menyebabkan jangkaan aktiviti titik panas,
00:18khususnya di kawasan tanah gambut juga dijangka berterusan.
00:22Ok berdasarkan maklumat serantaulah ya ASMC menjangkakan keadaan kering berterusan di banyak kawasan di ASEAN Selatan dan memberi amaran bahawa
00:35aktiviti titik panas serta risiko jerebu rentas sepadan boleh kekal tinggi.
00:41Faktor El Nino yang dijangka terus mempengaruhi keadaan serantau juga meningkatkan risiko tempoh kering yang lebih berpanjangan.
00:52Walaubagaimanapun sebarang unjuran berkaitan cuaca, hujan dan arah angin yang memberi kesan kepada kualiti udara adalah di bawah kepakaran MAP
01:01Malaysia.
01:03Tambah Azuri Azizah, tiga faktor utama yang akan menentukan situasi jerebu adalah keadaan cuaca dan taburan hujan, aktiviti kebakaran dan
01:11titik di kawasan tanah gambut dan corak dan arah tiupan angin.
01:15Beliau berkata demikian dalam program agenda Awani pada Rabu.
Comments