Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Dua pemuda Palestin maut selepas ditembak dalam serbuan yang melibatkan tentera Israel dan peneroka di perkampungan Al-Mughayyir, utara Ramallah di Tebing Barat.

Insiden itu berlaku ketika penduduk didakwa cuba menghalang kumpulan peneroka yang memasuki kawasan kampung dan mengambil ternakan milik penduduk.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dua rakyat Palestine maut selepas insiden tembakan ketika serbuan yang melibatkan tendera Israel dan peneroka di perkampungan Al-Mugair, Utara
00:08Ramallah di Tebing Barat yang diduduki.
00:11Menurut agensi Berita Palestine, WAFA mangsa dikenali sebagai Omar Mohamed Nassan dan Khalil Abu Aliyah dengan kedua-duanya berusia 19
00:20tahun.
00:23Persatuan Bulan Sabi Merah Palestine memaklumkan petugasnya memberikan rawatan kecemasan kepada dua mangsa yang ditembak dengan peluru hidup.
00:31Seorang mangsa dilaporkan cedera di bahagian leher manakala seorang lagi di bahagian belakang badan.
00:37Ketua Majlis Kampung Al-Mugair, Amin Abu Aliyah berkata peneroka yang diiringi pasukan keselamatan Israel memasuki kawasan tengah kampung berhampiran
00:45masjid besar.
00:46Beliau mendakwa beberapa kediaman penduduk diserang dan ternakan kambing milik penduduk turut dibawa keluar.
00:53Menurut beliau, anggota penembak tempat tentera Israel ditempatkan di beberapa bangunan sekitar kawasan tersebut.
01:00Tembakan dilepaskan apabila penduduk cuba menghalang tindakan peneroka yang didakwa mencuri ternakan.
01:06Kedua-dua mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan yang dialami.
01:12Sehingga kini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak tentera Israel berhubung insiden tersebut.
Comments

Recommended