00:00Jabatan Alam Sekitar JAS meningkatkan pemantauan bagi memastikan tiada aktiviti dalam negara yang boleh memburukkan situasi jerebu.
00:07Pengarah bahagian penguatkuasa JAS, Rosli Zul, berkata pemantauan dan rondaan dilakukan terutama terhadap aktiviti pembakaran terbuka di kawasan kediaman, ladang
00:18dan industri.
00:22JAS turut memantau titik panas menerusi imej satelit dengan sebarang kebakaran yang disahkan akan segera dilaporkan kepada Jabatan Bomber dan
00:30Penyelamat Malaysia untuk tindakan pemadaman.
00:33Menurut Rosli, punca utama jerebu ketika ini adalah pembakaran hutan dari negara jiran, diburukkan cuaca panas dan pergerakan angin monsoon
00:41barat daya.
00:42Namun aktiviti tempatan termasuk pelepasan daripada kenderaan bermotor turut menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara.
00:49Berdasarkan data APIN, sejak minggu lalu, Sarawak merekodkan situasi jerebu membimbangkan dengan tahap indeks pencemaran udara IPU berbahaya dan amat
00:58tidak sihat selama beberapa hari.
01:00Daripada 68 stesen di seluruh negara, terdapat juga yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat.
01:06Terima kasih.
01:08Terima kasih.
Comments