00:00Aktivis pro-demokrasi Hong Kong Joshua Wong mengaku bersalah atas tuduhan bersekongkol dengan entiti asing, satu kesalahan di bawah Akta
00:09Keselamatan Negara NSL yang boleh membawa hukuman penjara seumur hidup.
00:15Pada masa sama, Wong 29 tahun juga sedang menjalani hukuman penjara 4 tahun 8 bulan selepas disabitkan kesalahan melakukan subversif
00:25di bawah undang-undang sama pada penghujung 2024.
00:31Menurut dokumen mahkamah, tuduhan terbaru itu mendakwa Wong berkonspirasi dengan beberapa aktivis lain, termasuk aktivis yang hidup dalam buangan, Nathan
00:40Law, untuk menggesa negara asing dan entiti di luar China mengenakan sekatan atau bentuk tekanan terhadap Beijing.
00:48Aktiviti itu didakwa berlaku antara Julai hingga akhir November 2020, tahun yang menyaksikan China memperkenalkan NSL di Hong Kong.
00:56Undang-undang kontroversi itu dikritik oleh Kumpulan Hak Asasi Manusia dan Negara Barat yang mendakwa ia mewujudkan suasana ketakutan serta
01:05mengekang kebebasan bersuara di wilayah berkenaan.
01:08Bagaimanapun, Beijing dan Kerajaan Hong Kong mempertahankan pelaksanaannya dengan menyatakan undang-undang itu penting bagi mengekalkan kestabilan dan keselamatan selain
01:18menafikan ia menjejaskan autonomi Hong Kong.
01:21Wong sebelum ini terkenal sebagai antara pemimpin utama Umbrella Movement pada 2014 serta demonstrasi besar-besaran pro-demokrasi pada 2019.
Comments