Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Iran mendakwa serangan Amerika Syarikat terhadap beberapa wilayah di negara itu mengorbankan dan mencederakan puluhan orang awam serta merosakkan infrastruktur perkhidmatan.

Tehran turut menggesa PBB mengambil tindakan terhadap apa yang disifatkan sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Iran mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Amerika ke atas kawasan awam dan infrastruktur perkhidmatan di negara itu.
00:07Menurut Kementerian Luar Iran, serangan tersebut mengorbankan dan mencederakan puluhan orang awam serta menyebabkan kerosakan harta benda.
00:18Serangan itu melibatkan beberapa wilayah termasuk Kezistan, Sistan Balakistan, Hormuzgan dan Kerman.
00:25Katanya menara telekomunikasi dan infrastruktur awam turut menjadi sasaran serangan.
00:30Iran juga mendakwa satu serangan ke atas majlis perkahwinan di kawasan Kohestad Sirik mengorbankan dan mencederakan lebih 70 individu.
00:39Kebanyakan mangsa menurut Tehran merupakan wanita dan kanak-kanak.
00:43Kerajaan Iran menyifatkan tindakan itu sebagai jenayah perang dan pelanggaran undang-undang antarabangsa.
00:48Tehran berkata angkatan tenteranya bertindak balas atas dasar pertahanan diri dengan menyasarkan beberapa pangkalan tentera AS di rantau itu.
00:57Iran turut menggesa negara-negara serantau agar tidak membenarkan wilayah mereka digunakan untuk melancarkan serangan terhadap Tehran.
01:05Pada masa sama, Iran menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB dan Setiusah Agung Antonio Guterres mengambil tindakan terhadap
01:13insiden berkenaan.
Comments

Recommended