00:00Sebanyak 5.16 juta ringgit atau 65% daripada 7.94 juta ringgit wang yang dirampas menerusi serbuan sindiket penipuan
00:12dipulangkan kepada mangsa antara Januari hingga Julai lalu.
00:16Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Ismail Nasution berkata Pusat Respon Skam Kebangsaan NSRC dan Polis Tiraja Malaysia PDRM bekerja
00:27sama dengan rakan strategik untuk membekukan dan memulangkan wang yang dicuri sindiket penipuan.
00:35Kita rekodkan 5.16 juta berjaya dipulangkan daripada 7.94 juta yang disita.
00:45Angka ini bermaksud 65% berjaya kita pulangkan.
00:50Apa yang diharap oleh mangsa? Kita dapat pulangkan balik duit mereka. Caranya kita kena stop layer dan itu antara yang
01:04kita lakukan melalui NSRC.
01:08Beliau berkata demikian selepas merasmikan konvensyen ketahanan saiber antarabangsa ke-6 di sebuah hotel di Bandar Baru Bangi pada Rabu.
01:17Saifuddin berkata penjenayah termasuk sindiket penipuan turut mengeksploitasi mangsa merentasi sempadan.
01:23Selain itu katanya, kanak-kanak juga berdepan risiko menjadi mangsa eksploitasi atau penderaan seksual dalam talian.
01:32Kita anggarkan 100,000 kanak-kanak berdepan dengan eksploitasi atau penderaan seksual dalam talian setiap tahun.
01:41Kes CSAM meningkat daripada 68 kes 2024 kepada 152 kes pada tahun 2025.
01:50Manakala 100 lagi kes direkodkan sehingga pertengahan 2026.
01:54Beliau berkata PDRM juga melaksanakan UpCyberGuardian bersama tujuh negara pada April lalu.
02:00Menurutnya Global Anti-Skam Alliance menganggarkan sindiket penipuan mencuri lebih $1 triliun Amerika daripada orang ramai setiap tahun.
02:10Terima kasih telah menonton!
Comments