00:00Ahli Parlimen Jerutong RSN Rea mendakwa UMNO mengadakan sandiwara berhubung Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI Tabung Haji dan mempersoalkan, sama
00:12ada ia bertujuan melindungi pihak bertanggungjawab daripada tindakan mahkamah.
00:17Beliau mempersoalkan tujuan forum awam semalam yang menampilkan bekas Ketua Audit Negara Madinah Muhammad bagi membincangkan dabatan RCI selepas laporan
00:27itu dibetangkan dan dibahaskan di Dewan Rakyat.
00:31Rea berkata forum itu menimbulkan persoalan mengenai bagaimana parti politik khususnya UMNO menangani perkara yang sepatutnya diteruskan mengikut undang-undang
00:41dan proses sewajarnya.
00:42Tambahnya, proses itu mesti dihormati terutama selepas Yang Dipertuan Agong Sultan Ibrahim menggesa supaya dabatan RCI disiasat secara menyeluruh dan
00:53pihak yang bertanggungjawab didakwa.
00:55Sebelum ini, RCI mendapati TH menyembunyikan kedudukan kewangan sebenar apabila melaporkan keutungan RM3.4 bilion pada 2017,
01:05sedangkan ia sepatutnya merekodkan kerugian bersih RM1.4 bilion iaitu jurang hampir RM4.8 bilion.
01:14Suruhanjaya itu turut mengkritik Jabatan Audit Negara kerana tidak tegas mengaudit penyata kewangan TH antara 2014 hingga 2017.
01:23Bagaimanapun, Malinah berkata perbezaan RM4.8 bilion itu tidak boleh terus dianggap sebagai bukti kegagalan audit.
01:32Selain menegaskan, pasukannya tidak menemui bukti kecurian atau penyelewengan.
01:38Akram Daniel, FMT