Skip to playerSkip to main content
  • 6 weeks ago
Bekas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu masih berbincang dengan rakan PKR.

Category

🗞
News
Transcript
00:01PKR menjadi satu-satunya parti yang sedang dipertimbangkan oleh bekas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Kamaruddin Jaafar
00:08sekiranya beliau membuat keputusan untuk kembali menyertai parti politik.
00:13Kamaruddin mengesahkan kepada FMT bahawa beliau sedang berbincang dengan beberapa rakan dalam PKR berhubung kemungkinan tersebut
00:21namun menjelaskan belum membuat sebarang permohonan rasmi.
00:24Kamaruddin mengulas laporan yang beliau dijangka menyertai semula PKR yang ditinggalkannya enam tahun lalu.
00:32Bagaimanapun Kamaruddin berkata sekiranya kembali menyertai PKR, beliau berkemungkinan kekal sebagai Ahli Cabang Bandar Tun Razak
00:40kawasan yang diwakilinya sebagai Ahli Parlimen dari 2018 hingga 2022.
00:46Difahamkan bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal, Mansur Ottoman juga sedang mempertimbangkan kemungkinan kembali menyertai PKR.
00:55Kamaruddin dan Mansur antara 11 Ahli Parlimen PKR yang keluar parti bersama bekas timbalan Presiden PKR Muhammad Azmil Ali pada
01:03Februari 2020
01:04untuk menyertai bersatu yang menjadi antara penyumbang kepada Kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan pada tahun sama.
01:11Azrin Zainal, FMT
01:13Terima kasih telah menonton!
01:15Terima kasih telah menonton!

Recommended