00:00UMNO akan melancarkan tabung sumbangan bagi membantu bekas Perdana Menteri Najib Razak
00:06melunaskan denda RM50 juta yang membolehkannya menjalani baki tahanan di rumah.
00:13Presidennya Zaid Hamidi berkata parti itu akan mengajak kepimpinan, ahli dan penyokong UMNO
00:20serta orang ramai yang mahu memberikan sokongan supaya menyumbang secara sukarela.
00:25Katanya ia akan dilaksanakan secara telus, teratur dan mematuhi segala peraturan serta undang-undang yang berkuatkuasa.
00:34Terdahulu Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara
00:40di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028 menerusi pengampunan bersyarat tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.
00:49Dalam pada itu Zaid berkata UMNO menyambut dengan penuh kesyukuran
00:55keputusan membolehkan Najib menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah
00:59selaras dengan pendirian parti sejak awal untuk membawa permohonan itu
01:04melalui saluran ditetapkan dengan menghormati institusi raja, penlembagaan dan kedalatan undang-undang.
01:11Azurin Zainal, FMT
01:14Terima kasih telah menonton!
Comments