00:00Seterusnya, sekurang-kurangnya tiga orang maut dalam serangan udara Israel di Gaza City pada selasa.
00:06Beberapa individu lain turut cedera dalam pengeboman besar-besaran yang menyasarkan kawasan Katiba di barat Gaza City.
00:16Saksi berkata rejim Israel melancarkan sekurang-kurangnya 12 peluru berpandu ke kawasan berkenaan.
00:23Dua kenderaan turut terkena serangan dan musnah teruk.
00:26Dalam satu kenyataan, Tentera Israel berkata ia menyerang beberapa sasaran di semenanjung Gaza bagi menghapuskan ancaman terhadap pasukan keselamatannya.
00:36Pengarah pejabat media kerajaan Gaza, Ismail Al-Tawabta, pula mendakwa Israel cuba melaksanakan satu operasi di Gaza City namun dikesan
00:45ketika misi berlangsung.
00:47Menurutnya, Israel kemudian melancarkan serangan udara besar-besaran membabitkan lebih 10 pesawat berjuang mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan.
00:55Menurut pegawai kesihatan Gaza, lebih 1,300 rakyat Palestine terbunuh sejak kejatan-sejata berkuat kuasa pada Oktober lalu.
01:03Manakala Tentera Israel berkata empat anggotanya terbunuh dalam tempoh sama.
Comments