Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau peningkatan kes jangkitan saluran pernafasan akut (URTI) dan konjunktivitis di Sarawak susulan keadaan jerebu yang menjejaskan beberapa kawasan di negeri berkenaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Kesihatan KKM sedang memantau peningkatan kes jangkitan saluran pernafasan akut URTI dan kunjang tivitis di Sarawak, susulan keadaan jerebu
00:12yang menjejaskan beberapa kawasan di negeri itu.
00:15Timbalan Menterinya, Dato' Hanifah Hjataib berkata pemantauan berterusan dilaksanakan menerusi fasiliti kesihatan termasuk hospital bagi memastikan sebarang peningkatan kes berkaitan
00:28jerebu dapat ditangani dengan segera.
00:32Beliau berkata berdasarkan pemantauan Jabatan Kesihatan Negeri, purata kes URTI meningkat daripada 1,717 kes seminggu pada awal tahun kepada
00:421,752 sejak kebelakangan ini.
00:45Manakala kes konjuktivitis pula menyaksikan peningkatan daripada purata 17 kepada 21 kes seminggu dan aktiviti asma secara keseluruhan kekal stabil.
00:56Katanya, KKM sentiasa memantau situasi semasa termasuk tren kedatangan persakit ke fasiliti kesihatan dan mahu memastikan fasiliti serta petugas kesihatan
01:06berada dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku peningkatan kes akibat jerebu.
01:11Hanifah berkata, KKM turut memberi tumpuan kepada kesiapsiagaan KKM dalam menangani situasi kesihatan berkaitan jerebu.
01:19Beliau berkata, orang ramai khususnya golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan perlu mengambil
01:29langkah berjaga-jaga ketika kualiti udara berada pada tahap tidak sihat.
Comments

Recommended