Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Kebebasan kewangan bukan perkara yang datang serta-merta. Azraei Muhamad, Pempengaruh kewangan & penulis buku kewangan menjelaskan mengapa kemerdekaan kewangan perlu dibina terlebih dahulu dan bagaimana lifestyle inflation menjadi bentuk penjajahan alaf baharu.
Transcript
00:00Ramai melihat kemerdekaan dan kebebasan sebagai perkara yang sama. Namun dalam konteks keuangan, kedua-duanya merujuk kepada proses berbeza.
00:09Namun, pempengaruh keuangan dan penulis buku keuangan Azra'i Muhammad berpandangan, kebebasan sebenar hanya boleh dicapai sekiranya seseorang itu merdeka
00:20daripada tabiat dan pengaruh yang menjejaskan kedudukan keuangan masing-masing.
00:26Menurut beliau, sama seperti perjuangan kemerdekaan negara yang melalui fasa perjuangan dan pengorbanan sebelum mencapai kebebasan, perjalanan keuangan individu juga
00:36perlu melalui proses seperti itu.
00:38Jelasnya, kemerdekaan keuangan tidak bermula apabila seseorang mencapai status tertentu atau memiliki jumlah kekayaan besar, sebaliknya bermula dengan apa dimiliki
00:48dan dikawal pada hari ini.
00:49Bila kita sebut tentang kemerdekaan perjuangan oleh nenek moyang kita, dia bermula dari apa yang ada menuju ke apa yang
00:56tiada.
00:57Dari dijajah pergi ke satu tahap, bebas dari penjajah.
01:01Dalam konteks keuangan, tak boleh kita kata kita akan capai kekebasan hanya bila kita dah sampai ke satu status.
01:07Kemerdekaan kena bermula dengan apa yang kita ada pada hari ini.
01:11Katanya antara cabaran terbesar masyarakat modern ialah fenomena inflasi gaya hidup, iaitu kecenderungan meningkatkan perbelanjaan setiap kali pendapatan bertambah.
01:20Dalam era media sosial, tekanan untuk sentiasa mengikuti gaya hidup yang dipaparkan orang lain turut menyumbang kepada masalah tersebut.
01:28Beliau berkata demikian dalam program Pantau Belanjawan pada Selasa.
Comments

Recommended