Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Indonesia akan berusaha mengelak daripada mendapatkan pinjaman asing, termasuk bantuan kewangan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Transcript
00:00Indonesia akan berusaha mengelak daripada mendapatkan pinjaman asing termasuk bantuan keuangan daripada Tabung Keuangan Antarabangsa IMF.
00:09Menurut Presiden Prabowo Subianto, Indonesia sebenarnya akan mengutamakan pelaburan asing dan hanya mempertimbangkan pinjaman dengan kadar faedah yang rendah.
00:20Menuruti laporan Jakarta Globe, Prabowo berkata langkah itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan Indonesia lebih berdikari dalam aspek keuangan.
00:30Prabowo turut mendedahkan bahawa IMF sebelum ini menawarkan bantuan keuangan kepada Menteri Keuangan Indonesia, Purbaya Yudi Sadewa.
00:38Purbaya mendakwa IMF dan Bank Dunia menawarkan kemudahan kredit antara 20 bilion hingga 30 bilion dolar Amerika kepada negara yang
00:47terjejas akibat konflik di antara Amerika Syarikat dan Iran.
00:51Bagaimanapun tawaran itu ditolak kerana Indonesia dikatakan masih mempunyai kedudukan keuangan yang kukuh.
00:58Purbaya sebelum ini berkata Indonesia mempunyai dana simpanan sehingga 420 triliun rupiah bersamaan hampir 23.7 bilion dolar dengan sebahagiannya
01:09disalurkan kepada bank bagi merangsang perbelanjaan.
01:12Sementara itu, Bank Indonesia melaporkan hutang luar negara Indonesia mencecah 453.4 bilion dolar pada suku kedua, meningkat 4.4
01:22% berbanding tempoh sama tahun lalu.
01:25Daripada jumlah itu, hutang sektor awam berjumlah 216.3 bilion dolar.
01:31Indonesia sebelum ini bergantung kepada pembiayaan IMF ketika berdepan krisis keuangan Asia pada penghujung 90-an.
01:39Dalam perkembangan berkaitan, nilai rupiah terus berdepan tekanan berbanding dolar Amerika Syarikat sejak beberapa bulan kebelakangan ini malah pernah melepasi
01:48para psikologi 18,000 rupiah bagi setiap dolar.
Comments

Recommended